Cara menukar “ coolant” kereta daripada Sunz Tint

Negara kita sedang dilanda musim panas. Ibu Kota Malaysia pada hari ini mengalami suhu pada tahap 32 darjah celcius. Isu- isu masalah kesihatan pula sedang hangat dibualkan di merata tempat seperti isu strok haba, demam  panas, sesak nafas dan lain- lain, dimana telah menjadi perhatian oleh Kementerian Kesihatan dan pihak Sunz Tint juga memandang perkara ini sangat serius.

Kenyataan untuk mengurangkan aktiviti luar telah di war-warkan oleh pihak berkuasa supaya perkara ini dipandang serius oleh rakyat Malaysia. Pihak Sunz Tint berharap segala nasihat daripada pihak berkuasa tidak menjadi “hangat- hangat tahi ayam” bagi penerimaan masyarakat. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan yang baik untuk rakyat Malaysia.

Isu “ jangan biarkan seseorang tinggal didalam kereta  ketika musim panas” juga menjadi perbualan orang ramai. Pihak Sunz Tint faham mengapa faktor ini dititikberatkan.

Hal ini kerana kegagalan fungsi penyaman udara adalah salah satu faktor kereta anda menjadi bahang dan panas seterusnya berpotensi mengakibatkan sakit kepala dan migrain. Coolant adalah penyebab utama penyaman udara anda menjadi sejuk dan menjamin keselesaan para penumpang di dalam kereta.

Bagaimanakah untuk mengetahui keadaan  coolant kereta anda? Meh sini Sunz Tint kongsikan!

Periksa kondisi cecair coolant yang boleh berubah warna asal (merah, hijau, biru) dan jadi lebih cair. Jika itu berlaku, anda disarankan supaya mencuci keluar (flushing) cecair itu.

Cara Atasi :

  • Buka bonet. Pastikan enjin sejuk. Jika tersilap langkah boleh melecur.
  • Pulas radiator untuk membuka
  • Periksa keadaan cecair. Dakam hal ini, memang tiada campuran cecair coolant. Apa yang tinggal hanya air.
  • Cari tangki simpanan air mewarna putih. Buka penutup.
  • Tarik tangki keluar, perlukan sedikit tenaga sebab biasanya agak ketat.
  • Cuci tangki dengan aier atau berus supaya keladak dikeluarkan. Guna pasir pun boleh. Goncangkan keluar.
  • Cari penutup bagi mengeluarkan air terkumpul . Biasanya terletak di bawah radiator. Penutup saga blm terletak di bawah sebelah kanan. Buka guna tangan. Guna playar jika ketat.
  • Air akan keluar daripada radiator. Biarkan sampai abis.
  • Jalurkan paip getah ke dalam tangki radiator dan alirkan air,pada masa sama hidupkan enjin supaya pam air berfungsi. Biarkan selama dua minit.
  • Air sedang mengalir keluar di bawah tangki. Kemudian, tutup pili air dan biarkan sehingga kering.
  • Jangan hilangkan penutup ini.Tutup semula bahagian bawah radiator dengan kemas. Jangan terlaku ketat hingga rosakkan alur skru.
  • Isi cecair coolant. Cecair ini boleh dibeli di pusat servis, stesen minyak atau kedai alat ganti kenderaan.
  • Masukkan air dan cecair coolant dalam nisbah 50:50.
  • Tutup semula penutup radiator, pasang semula tangki simpanan, tambah cecair coolant salam tangki simpanan kepada takat maksimum.Siap! selepas selang dua atau tiga hari , periksa sekali lagi tahap cecair coolant dan air. Tambah jika perlu.

Layari www.sunztint.com atau boleh klik pada pautan >> m.me/SUNzKL atau hubungi  En Syed 016-3887597 untuk sebarang pertanyaan. 

 

 

 

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *