Industri tinted daripada Sunz ini merupakan 100% bumiputera dan bukan merupakn sebuah perniagaan seperti lintah darat .Industri ini membantu para pelanggan mampu untuk memiliki tinted yang berkualiti dan jimat dengan jenis tinted- tinted tertentu. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang, oleh itu perniagaan ini dipandang jauh yang dimiliki tiga orang pemuda yang yakin akan potensi kelebihan kebaikan industri ini dek bercita – cita dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
Magic tinted diperkenalkan atas dasar kemahuan pelanggan yang menginginkan tinted yang gelap dengan harga yang berbaloi dan jimat akan tetapi berhati- hati dengan peraturan JPJ baru atas dasar tidak mahu disaman kerana peratusan cermin gelap yang tinggi. Hal ini mereka dibolehkan untuk memasang tinted magic ini sejurus memasang tinted “permanent”. Fungsi tinted ini adalah sebagai “double layer” dan boleh dibuka dan dipasang hanya menggunakan air sabun.
Kelebihan magic tinted ini juga sebagai penghalang daripada sinaran UV yang terik dan sebagai penghalang silau daripada terlalu menerima cahaya matahri yang terlalu terik. Seseorang yang migrain atau cepat silau biasanya akan mencadangkan tinted ini sebagai alternatif yang terbaik untuk memandu jauh atau berada lama di dalam kereta disebabkan kesesakan jalan pada waktu tengahari.
Kami di pihak Sunz mencadangkan peratusan kegelapan untuk cermin pemandu adalah lebih rendah bagi memudahkan pemandu memandu pada waktu malam. Akan tetapi tiada masalah untuk para pengguna mencabut tinted magic ini jika keadaan tinted mereka tidak sesuai dengan kegelapan yang mereka pilih dan boleh menukar dengan yang lebih terang atau sebaliknya bergantung kepada situasi pelanggan tersebut. Material tinted ini adalah getah dan pemasangan adalah berbentuk “u shape” di semua cermin kereta kecuali di cermin hadapan kerana tinted ini tidak sesuai untuk cermin hadapan.
Jika para pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh klik link di sini utk sebarang pertanyaan atau slot booking. Sekian terima kasih.
>> https://sunztint.wasap.my
>> https://sunztint.wasap.my
No comment