Kurang 3 Tahun tidak perlu ke PUSPAKOM

jpj kaunter

PUTRAJAYA:  Motosikal dan kereta persendirian yang cukai jalan tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mulai jumaat ini.

Perkara itu diumumkan menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh 01  September 2020 dan pada hari ini  Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohamad Yatim Nawawi yang mengesahkan pekeliling yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Menurut beliau, untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuat memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap.

Bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.

“Maklumat lanjut berkenaan pekeliling itu akan diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melalui sidang media pada petang ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pelancaran Drama Skuad JPJ antara Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd di sini hari ini.

JPJ - TIDAK PERLU PEMERIKSAAN PUSPAKOM KENDERAAN KURANG 3 TAHUN JPJ - TIDAK PERLU PEMERIKSAAN PUSPAKOM KENDERAAN KURANG 3 TAHUN JPJ - TIDAK PERLU PEMERIKSAAN PUSPAKOM KENDERAAN KURANG 3 TAHUN

Tidak perlu pemeriksaan PUSPAKOM sekirannya cukai jalan tamat tidak melebihi 3 tahun.

Sumber : Fb Info Roadblock JPJ/POLIS

Untuk sebarang pertanyaan cermin gelap boleh
???? http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD)

No comment

Leave a Reply