Haa pasti ramai yang baru beli kereta kan? kan? Lagi-lagi keluaran baharu. Pasti ramai pemilik kereta yang mahu mengubahsuai kereta idaman mereka (walaupun terpakai) sebaik sahaja mendapat kunci kereta. Ada saja, yang difikir secara tiba-tiba supaya sedap mata memandang dan dikelihatan berbeza berbanding pemilik kereta lain. Jadi disini, Sunz Tint mahu berkongsikan beberapa aksesori dalaman kereta yang kerap dicari oleh ramai pemilik kereta. Mungkin kebanyakan aksesori dalaman kereta mudah dicari dan masih dikategorikan dalam harga yang berpatutan dan mampu milik.
-
PASANG CERMIN GELAP
Jaranglah kalau beli kereta tanpa memasang filem cermin gelap (tinted). Mesti nak ada lagi-lagi kalau cuaca tengah panas tu. Aksesori tambahan ini ada yang siap dipasang sebaik sahaja membeli kereta baharu. Ia biasanya dimasukkan dalam pakej jurujual atau ditawarkan secara terus oleh pengeluar.
Tidak kira murah atau mahal, biasanya kualiti filem cermin gelap akan merosot pada tahun ke-5 usia kereta, terutama jika kereta kerap berjemur. Ketika itu kemungkinan tiba masa untuk anda memasang filem cermin gelap baharu https://sunztint.com/catalog/ atau membeli saja pelindung matahari (sun shade) jika tiada bajet.
Disini Sunz Tint menyediakan pelbagai jenis filem cermin gelap (tinted) https://sunztint.com/catalog/ yang boleh diperolehi di mana-mana cawangan Sunz Tint.
-
LETAK PENYEGAR UDARA
Tidak kira kereta anda baru atau lama, meletakkan penyegar udara adalah satu kemestian. Sesetengah orang memang ada yang tidak suka aroma kereta baharu kerana terlalu kuat ‘bau kedai’, manakala kereta lama semestinya ada pelbagai bau yang kadang-kadang sukar ditafsir. Penyelesaiannya, penyegar udara! Ada pelbagai jenis dan harga penyegar udara di pasaran. Antara paling popular ialah Ambi Pur dan Glade. Pastikan setiap wangian itu kena dengan hidung anda.
-
LAPIK KARPET LANTAI
Setiap kereta memang sudah sedia ada dengan karpet lantai sendiri, tetapi ramai pula yang menambah selapis lagi karpet lantai di atasnya. Pelik betulkan? Tapi itu la kebenarannya. Kasi tebal sikit katanya. Selain itu, alasan kuat kenapa ramai melakukannya adalah kerana tidak mahu karpet lantai asal cepat haus atau lusuh. Ini kerana karpet lantai asal adalah daripada jenis fabrik, manakala karpet lantai yang akan dibeli ialah jenis koil daripada material PVC dengan permukaan seperti rumput bergegelung. Karpet lantai jenis ini lebih senang dicuci dan kurang nampak kotor kerana kotoran seperti debu atau pasir akan terlindung di sebalik koil.
Jika anda inginkan karpet lantai yang baru dengan percuma. Mari datang ke mana-mana cawangan Sunz Tint https://sunztint.com/branch/ pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 10.00pagi sehingga 03.00petang SAHAJA dengan pemasangan cermin gelap RM 279 keatas. Selagi stok masih ada !!
-
TUKAR TOMBOL GEAR
Entah apa yang tidak kena dengan tombol gear standard, tetapi ramai pemilik kereta memilih menggantikannya dengan edisi kedai aksesori sama ada daripada jenama aksesori permotoran terkenal seperti Momo atau nama divisi tuner mengikut jenama kereta masing-masing seperti Mugen, Ralliart, TRD dan seumpamanya. Rekabentuk dipilih sama ada kemasan krom, trim benang berwarna ala kereta lumba atau paten kayu walnut. Walaupun tiada alasan kuat untuk menukarnya, Sunz tint percaya bahawa menukarkan tombol gear adalah antara cara paling mudah dan murah untuk mengubah imej kereta sendiri supaya tidaklah ‘sakit mata’ kerana tampil dengan rupa standard semata-mata.
-
PASANG PEMBALUT RODA STERENG
Sesetengah pemilik kereta tidak ambil kisah sangat tentang memasang pembalut roda stereng. Lebih-lebih lagi jika mereka membeli varian premium yang rata-ratanya sudah siap dilengkapkan dengan trim dan balutan kulit berserta liang pori. Tetapi, bagi yang keretanya datang dengan roda stereng ‘bogel’, membalut roda stereng adalah pilihan terbaik sama ada beli pembalut yang siap ada di kedai aksesori, atau buat tempahan khas secara kustom di bengkel trim kulit. Maklumlah, mahu tukar stereng, risau pula pasal isu beg udara dan kualiti material, serta harganya boleh tahan menangis juga.
-
NAIK TARIF SISTEM AUDIO
Menaik taraf sistem audio adalah antara cita-cita kebanyakan pemilik kereta dan kejayaan merealisasikannya bolehlah dianggap satu pencapaian terhebat dalam kehidupan memandu mereka. Bagi yang tidak sabar, mereka boleh saja terus menukar sistem audio standard kepada jenis baharu dengan bajet di bawah RM500 yang dilengkapi ciri MP3, USB dan auksiliari. Tetapi bagi yang bersabar dan penuh cita-cita tinggi, mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menyediakan set audio berkualiti tinggi yang turut membabitkan paparan infotainment dan pembesar suara serta subwufer. Malang bagi kebanyakan kereta baharu hari ini kerana sistem audio mereka sudah dikustomkan mengikut rekaan papan pemuka. Jadi terasa sayang pula bagi pembeli yang berhajat mahu menukar cita rasa.
-
BALUT KERUSI KULIT
Khas untuk pemilik kereta dengan kerusi fabrik, di mana kerja membalut kerusi itu membabitkan material kulit atau separa kulit (semi-leather). Semestinya alasan kuat membalut kerusi adalah kerana mahu menjaga ketahanan material kerusi sedia ada, dan mahu rupa dalaman nampak lebih elegan dan mewah. Boleh dibeli terus di kedai aksesori mengikut jenama dan jenis kenderaan, atau pergi ke bengkel trim kulit dengan bajet mencecah kira-kira RM1,000 dan ke atas.
-
TAMPAL PELEKAT
Memang ada golongan yang apa-apa hal mesti cari pelekat kereta. Rasa lemah semangat pula kalau tengok cermin kereta yang suci murni begitu. Nah, apa lagi, ditampalnya pelbagai jenis pelekat di cermin depan, tepi dan belakang. Pelekat cermin biasanya menggambarkan minat seperti menampal pelekat pasukan bola sepak kesayangan, jata negeri kelahiran dan grup kelab kereta, termasuk memberitahu apa ada dalam kereta mereka seperti ada anak kecil, si pemandu seorang makwe atau pakwe, cun atau handsome dan lain-lain.
Ada juga menampalkan pelekat berbaur keagamaan seperti kalimat syahadah dan Bismillah. Tetapi sedihnya, kadang-kadang si pemilik pelekat itu lupa memberikan signal ketika membelok. Jadi, berhati-hati menggunakan pelekat seperti ini kerana boleh mengundang persepsi negatif di kalangan pengguna jalan raya lain. Ada juga menampal pelekat corak abstrak atau strip yang ada pada sebuah kereta lumba rali, drift atau drag walaupun kereta yang sedang mereka bawa itu daripada jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) sahaja. Janji happy-kan.
-
HIAS BANTAL, ANAK PATUNG, TASBIH, KOTAK TISU DAN ALAS PUNGGUNG
Ini antara aksesori kegemaran pemandu perempuan. Lelaki pun ada juga, biasanya tasbih digantung di tangkai cermin pandang belakang. Mungkin tujuan diletakkan semua aksesori di atas ini (bantal, tasbih, kotak tisu, anak panting dan lain-lain) adalah supaya ruang dalaman kereta nampak meriah dan tidak kosong hingga rupanya tidak tumpah seperti dalam bilik tidur atau ruang tamu rumah.
-
TUKAR LAMPU AMBIEN
Mungkin lampu dalaman cerah sangat, lalu ditukarnya kepada lampu ambien yang lebih malap dan gelap. Antara warna popular ialah biru. Tidak cukup lampu siling, diletakkan pula lampu tambahan pada lantai, laci glove box dan ruang utiliti di papan pemuka. Kadangkala, lampu malap yang digunakan tidak membantu langsung untuk mencari atau melihat barang apabila diperlukan. Asalkan lawa katanya.
No comment