3 Habit Buruk Anda, Punca Kereta Cepat Rosak!

1. Tangki minyak sentiasa  dibiarkan tidak penuh

Biasanya ada sesetengah orang yang dia jenis suka isi minyak sikit-sikit, contohnya dia isi RM10 je. Sebenarnya kalau anda nak tahu, sekiranya kereta anda kehabisan minyak dan anda hanya mengisi dengan jumlah yang sedikit sahaja, ia akan menyebabkan kerosakan sistem bahan api kereta.

 

Banyak pam bahan api menjadi sejuk dengan kekal terendam dalam bahan api di dalam tangki, jadi jika anda kerap berjalan pada suku penuh atau kurang, anda berisiko mempercepatkan kereta anda untuk mengganti pam bahan api.

 

Bayar minyak dalam jumlah yang banyak terus untuk sesetengah orang mungkin banyak kos sedikit tetapi ia dapat mengelakkan diri anda daripada nak berhabis duit untuk pergi servis kereta dan tukar pam bahan api yang baru.

 

2. Tak panaskan enjin kereta sebelum memandu 

Sebelum nak memandu pastikan anda panaskan enjin kereta terlebih dahulu dalam lebih kurang 1-2 minit sahaja pun dah mencukupi. Ia sebenarnya membantu mengagihkan minyak ke seluruh enjin dan mendapatkan blok enjin dan minyak enjin sehingga suhu yang bersesuaian. Nanti tak ada lah kereta tu terlalu terkejut, terus nak memandu jauh.

 

Walaupun nak panaskan enjin ni agak memakan masa sikit, lagi-lagi kalau anda dalam keadaan yang rushing, tetapi ia sebenarya dapat membantu mengelakkan kerosakan pada kereta. Kalau tidak, nanti akan berlaku perubahan suhu yang mendadakn dan boleh menyebabkan tekanan pada komponen enjin kereta anda.

 

3. Kereta terlebih muatan

Sekiranya kereta anda itu terlebih muatan maka nanti kereta anda akan ada banyak tekanan jadi akan effect pemanduan dan bukan tu sahaja nanti brek juga susah nak berfungsi dengan betul dan semakin banyak bahan api yang akan digunakan.

 

Jadi sekiranya anda bercadang untuk memandu dalam jarak yang jauh atau pun dekat sekali pun, pastikan kereta anda tidak lebih muatan. Sekiranya ada beberapa barang yang anda tidak berapa perlukan jadi keluarkannya daripada kereta. Pastikan kereta anda dipenuhi dengan keperluan yang anda perlukan setiap hari dan keluarkan barang-barang yang anda tidak berapa perlukan.

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20 − 3 =