Terdapat pelbagai jenis tinted rumah yang boleh dipilih oleh pengguna bagi cermin tingkap rumah ataupun pejabat. Jadi, pastikan pemilihan tinted yang di inginkan itu memenuhi cita rasa atau keperluan pengguna. Bacalah setiap jenis filem yang disenarai di bawah ini untuk mengetahui manfaat dan penyelesaian apa yang terbaik buat anda. Kami menyusun senarai lengkap berkaitan dengan jenis-jenis filem dan kami menghuraikannya dengan konteks yang mudah dan ringkas buat anda. Antara jenis-jenis tinted yang terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
Jenis Tinted – Filem Kawalan Haba
Disebut juga dengan kata lainnya iaitu penolakan haba (Heat Rejection – HR) dan tenaga solar (Solar Energy). Mampu memotongan haba sehingga 97%. Filem ini di pasang pada bahagian dalam tingkap kaca untuk mengurangkan jumlah sinar inframerah (Infrared Rejection), mengurangkan kemasukan cahaya, menolak kemasukan haba dan menghalang kemasukan ultraviolet (UV) melalui tingkap cermin.
Kawasan dalam bangunan, ruang dalam, bilik ataupun tingkap yang menerima cahaya matahari secara langsung, akan menyebabkan suhu di kawasan tersebut meningkat secara dramatik dan cepat. Dengan penggunaan filem ini, pengguna dapat mengurangkan kemasukan haba dan pada masa yang sama masih dapat menikmati pancaran cahaya matahari. Dinding, permaidani, almari dan perabot yang lain juga dapat diselamatkan dari kerosakan yang berpunca dari cahaya matahari.
Jenis Tinted – Filem Kawalan Silau
Juga dikenali sebagai Glare Film dan filem ini membantu mengurangkan silau yang berpunca dari pancaran cahaya yang meresap melalui kaca, seterusnya menjaga kesihatan, kestabilan dan kekuatan mata dari kerosakan yang berpunca dari cahaya yang datangnya dari kawasan luar cermin. Menjadikan pandangan lebih selesa apabila melihat peranti elektronik seperti televisyen di kawasan yang menerima cahaya yang tinggi.
Kebiasaannya, susunan pembinaan ruang rumah iaitu kawasan ruang tamu ataupun kawasan tontonan televisyen, seringkali berdekatan dengan cermin ataupun sliding door. Ini menyebabkan penerimaan cahaya dari sumber luar adalah sangat tinggi pada waktu siang. Filem jenis ini akan membantu anda di dalam mengatasi masalah tersebut.
Jenis Tinted Rumah – Filem Reflektif
Filem reflektif (Reflective Film) ini bila dipasang pada sliding door ataupun mana-mana kawasan tingkap, akan menjadikannya seperti cermin iaitu mempunyai sifat pantulan imej. Filem ini bukan sahaja mempunyai sifat reflektif, malah masih mempunyai sifat memotong haba dan memotong UV.
Apabila dipasang pada tingkap rumah ataupun pejabat, privasi ruang dalam bangunan dapat dijaga daripada penglihatan orang luar dan seterusnya mempertingkatkan lagi keselamatan pengguna di siang hari.
Harus di ingatkan bahawa pada waktu siang, orang luar tidak dapat melihat ke ruang dalam. Pada waktu malam pula filem ini berfungsi secara terbalik jika ruang dalam menjadi sumber cahaya dan semestinya keadaan dalam lebih cerah (menjadi sumber pancaran cahaya) disebabkan oleh keadaan malam.
Jenis Tinted Rumah – Filem Frosted
Filem ini direka khas mempunyai efek ‘pembekuan kaca‘ (frosted glass) di mana ianya sangat sesuai untuk privasi tambahan kepada pengguna. Seringkali dipasang pada tingkap kaca di ruangan dapur rumah, cermin lutsinar ruang legar pejabat-pejabat, pintu kaca pejabat dan restoran, sliding door dan bilik mandi. Menjadikan tingkap kaca lutsinar menjadi legap dan kelihatan kabur. Kesan efek ini terjadi di kedua-dua belah arah iaitu di ruang dalam dan juga ruang luar tingkap.
No comment