Kedai Tinted Berkualiti di Sri Rampai &Ampang


Pada awalnya, Sunz Tint Sri Rampai telah ditubuhkan oleh tiga pemuda yang berpandangan jauh tentang ilmu tinted dek kerana peratusan golongan bumiputera sangat sedikit dalam membuka peluang perniagaan ini. Oleh itu pemuda- pemuda ini telah melalui kursus-kursus kemahiran dan selok belok ilmu tinted dalam memastikan kepuasan pelangga terjamin serta segala masalah dikenalpasti. Ini lah antara golongan – golongan usahawan muda yang perlu digiat dalam membantu sesama bumiputera dalam menyediakan payung sebelum hujan dimana kegawatan ekonomi negara akan berlaku bila- bila masa sahaja.

Sunz Tint Sri Rampai telah bersaing dalam beberapa pesaing secara sihat dan kami memperkenalkan tentang kelainan produk kami dimana rata- rata pelanggan telah memberi komen yang sangat positif. Warranti jaminan diberi kepada para pelanggan di mana pelanggan yang masih ragu-ragu dengan produk kami. Niat kami supaya produk kami dapat dipercayai dan dapat bersaing dengan lebih meluas di pasaran nusantara.

Terdapat beberapa produk yang ditawarkan antaranya tinted parmanent iaitu ada pakej steel series, x series, premium dan safety premium tinted. Ianya bergantung kepada permintaan pelanggan dan juga bergantung kepada yang mengalami masalah-masalah tertentu. Alamat Sunz Tint kami bertempat di No 26-1 , Jalan Wangsa Niaga , Wangsa Biz Avenue , 53300 , Wangsa Maju Kuala Lumpur  ( bersebelahan dgn Tycoon Vape & Taburra Restoran ). Boleh hubungi atau whatapps di nombor 0163887597  untuk segala pertanyaan.

Alhamdulillah dengan hasil usaha gigih dan kepuasan pelanggan, kami telah membuka cawangan baru di Kg Pandan, Ampang yang telah beroperasi pada bulan April 2019. Produk yang ditawarkan juga sama dan rata- rata pelanggan yang datang adalah pelanggan yang tempat tinggalnya dekat dengan kedai kami.

Lebih memeranjatkan lagi, JPJ telah mengeluarkan kenyataan tentang spec kadar tertentu kegelapan cermin kereta, hal ini membuatkan kedai kami tidak menang tangan dengan pelanggan-pelanggan yang datang. Harga yang kami tawarkan juga berpatutan setanding dengan kualiti tinted kami. Operasi kedai kami bermula jam 10 pagi dan tutup pada 7 petang.

Jika pelanggan sudah ada tinted lama yang masih okey, tetapi mahu kurangkan haba dan juga mahukan gelap, kami juga ada menawarkan tinted “magic” di mana tinted magic ini boleh dipasang berulang kali dan ianya sangat istimewa. Kegunaannya sebagai “second layer” membuatkan pelanggan kami berpuas hati dan dicadangkan kepada rakan-rakab mereka yang lain.

Jadi jika inginkan tinted mudah alih ataupun tinted parmanent, datang lah ke kedai kami dengan alamat yang tertera dengan menghubungi En Syed 0163887597 atas segala rundingan dan pertanyaan. Kepuasan pelanggan adalah motif utama kami. Klik link ini untuk senang pihak anda berhubung http://m.me/SUNzKL .

 

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × two =