Kos yang banyak diperlukan untuk membeli sebuah kereta terutamanya kepada para alumni graduan yang telah setahun dua berjinak dalam bidang pekerjaan. Harus ketepikan sejumlah pendapatan bagi kos insurans kereta, cukai jalan dan penyelengaraan dan servis kereta bagi setiap millege tertentu.

Berdasarkan kajian dan pengiraan kos pemilikan oleh Carsome , sebuah platform menjual kereta percuma, akan menetapkan sekurang-kurangnya RM69,153 (lebih 5 tahun) untuk memiliki kereta. Dan pengiraan itu hanya untuk kereta yang lebih murah seperti Perodua Myvi.

Menurut kajian Jabatan Insolvensi, dalam laporan The Star Online, belia Malaysia antaranya berumur antara 25 dan 44, membentuk kumpulan terbesar yang telah diisytiharkan muflis iaitu 60% daripada 94,408 kes yang dilaporkan dari 2013 hingga Ogos 2017. Jadi buatlah perkara yang bijak dalam perbelanjaan pendapatan anda.

Antara tips ialah

  • Beli kereta yang kosnya kurang daripada pendapatan tahunan anda

 Formula bank “1/3 pendapatan anda” menyebabkan anda muflis dengan cepat, terutamanya jika pendapatan anda kurang daripada RM3,000 sebulan. Formula tersebut tidak berhasil. Neli lah kereta yang harganya kurang daripada pendapat tahunan anda.

 

Katakan anda memperoleh RM3,000 sebulan dan pendapatan tahunan ialah RM36,000. Kereta baru yang kosnya sekitar RM23,000 hingga RM35,000 merupakan pilihan paling bijak. Beberapa kereta baharu yang mampu dimiliki ialah:

  • Perodua Axia 1.0L Standard G (AT) : RM33,657 (RM383/bulan)
  • Perodua Axia 1.0 SE MT: RM 34,574 (RM394/bulan)
  • Perodua Bezza 1.0 Standard G AT: RM35,390 (RM403/bulan)

 

Dengan membeli kereta murah yang kosnya kurang daripada pendapatan tahunan, anda akan mempunyai lebihan belanja untuk petrol, tol, tempat letak kereta, insurans, cukai jalan, dan penyelenggaraan.

  • Bayaran bulanan tidak melebihi 15% daripada pendapatan bulanan anda

Formula lain yang boleh anda gunakan ialah membeli sebuah kereta di mana instalment bulanan kurang daripada 15% daripada pendapatan bulanan anda.

Contohnya: Pendapatan bulanan x15% = Jumlah maksimum bayaran ansuran bulanan

Berdasarkan formula tersebut, sekiranya pendapatan bulanan anda RM3,000, bayaran ansuran bulanan anda tidak boleh melebihi RM450.

Kesimpulannya, jadi lah seorang yang bijak dalam membuat pilihan. Utamakan keperluan daripada kehendak.Jika membeli kereta baru dan ingin memasang tinted, Sunz Tint ada menyediakan pakej bersesuaian dengan kualiti yang baik, sebab kami adalah 100% bumiputera.

Sunz Tint Sdn Bhd juga membuat promosi kemerdekaan dan promosi ini adalah untuk menawarkan kepada pelanggan untuk melakukan pemasangan tinted sesuai dengan keperluan daripada pelanggan dengan keadaan cuaca negara yang tidak menentu kini.

Segala pertanyaan dan masalah boleh terus ke   https://sunztint.wasap.my/

Sekian terima kasih.

 

No comment

Leave a Reply