SUNZ TINT: BEZA PENAPIS UDARA ENJIN DAN PENAPIS UDARA KABIN

Sedikit tips daripada Sun Tint berkenaan perbezaan penapis udara enjin dan penapis udara kabin.. Kereta menggunakan 2 jenis penapis  udara untuk hindarkan pembawaan pencemarahan udara daripada memasuki sistem penting kenderaan enjin dan penapis kabin.

Ok di sini Sunz Tint nk kongsi  apa itu penapis enjin . Penapis enjin (engine filter) terletak dalam satu kotak kedap dengan bukaan lebar dalam ruang enjin. Tanya lah mekanik servis atau boleh rujuk  manual pengguna jika tidak tahu di penapis udara. Penapis ini boleh jadi bentuk bulat, kon, segiempat sama atau tepat. Hal ini bergantung kepada model  atau jenama kenderaan.

Penapis enjin perlu diganti pada selang masa tertentu bagi memastikan dapat selalu berfungsi pada tahap terbaik. Jika penapis kotor tidak diganti, ia dapat meningkatkan penggunaan bahan api  yang membuatkan enjin menanggung tekanan  yang tidak diperlukan.

Kedua,pihak  Sunz Tint memperkenalkan penapis kabin ( cabin filter). Penapis udara kedua kereta ialah penapis kabin atau selalu disebut “cabin filter” , dan terletak dalam kabin, sama seperti nama yang diberikan. Penapis udara ini biasanya diletakkan bawah papan pemuka berhampiran sistem penyaman udara. Tugasnya ialah menghalang kotoran, habuk dan alergen daripada masuk ke dalam kabin anda.

Penapis kabin juga menghalang asap exzos daripada memasuki kabin yang dihuni anda dan penumpang. Walaupun tidak terlibat dalam prestasi enjin , tetapi memainkan peranan penting dalam keselesaan anda smasa memandu.

Ok yang terakhir, pihak Sunz Tint nak pastikan kedua-dua penapis mudah diakses. Manual pengguna yang diberikan sepatutnya mampu memberikan panduan langkah demi langkah kepada anda untuk bersihkan sendiri. Disebabkan akses mudah  jadi memang tiada alasan si tuan kereta untuk tidak memastikan kompenan tersebut dalam keadaan bersih.

Layari website www. sunztint.com atau boleh klik link ini https://m.me/SUNzKL untuk sebarang pertanyaan.  Kami daripada pihak Sunz Tint berharap agar sedikit sebanyak tips dan ilmu dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga kepada yang membaca artikel ini dipermudahkan segala urusan dan sntiasa bernaung dalam rahmatNya.

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 − 12 =