Pihak Sunz Tint prihatin apabila berita yang telah disiarkan oleh Astro Awani pada 28 Februari 2019 dalam mengurangkan daripada melakukan aktiviti luar atas isu strok haba yang melanda. Hari ini dan tarikh 26 Mac 2019 kami di Sunz Tint melihat suhu di Kuala Lumpur berada pada tahap 34 darjah celcius dan ini merupakan kepanasan yang melebihi pada tahap normal.
Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.
Ok sunz tint nk share sikit ni. Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.
Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba:
Tanda awal strok haba:
- Sakit kepala berdenyut
- Mual
- Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
- Denyutan nadi yang pantas
- Otot lemah dan kejang
- Muntah/rasa hendak muntah
- Kulit kering dan kemerahan
- Sawan
- Pitam
- Tangan dan kaki menjadi sejuk
Cara rawat mangsa strok haba:
- Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
- Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
- Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
- Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
- Mangsa ditempatkan di bawah kipas
- Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
- Rendam mangsa di dalam kolam air
- Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
- Bawa ke klinik atau hospital berdekatan
Cara pencegahan strok haba:
- Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
- Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
- Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
- Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
- Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen
Pihak Sunz Tint berdoa agar rakyat Malaysia terutamanya golongan- golongan tertentu berada dalam keadaan sihat dan dijauhkan daripada bencana yang tidak diingini. Layari website www. sunztint.com atau boleh klik link ini http://m.me/SUNzKLuntuk sebarang pertanyaan. Kami daripada pihak Sunz Tint berharap agar sedikit sebanyak tips dan ilmu dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga kepada yang membaca artikel ini dipermudahkan segala urusan dan sntiasa bernaung dalam rahmatNya.
Credit : Prolintas Group and Companies
No comment