AIRCOND KERETA SENTIASA SEJUK & TAHAN LAMA

Hari ni Sunz Tint ingin berkongsikan beberapa tips supaya aircond kereta anda sentiasa sejuk dan tahan lama.

LANGKAH ASAS

Cara paling berkesan agar penyaman udara cepat sejuk adalah dengan memastikan kereta anda berada di bawah tempat teduh ataupun berbumbung.

Walaupun hawa di dalam kereta anda tetap panas tetapi teduhan bayang-bayang akan mengurangkannya. Takdelah rasa macam memandu oven sewaktu balik dari pejabat.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan kepingan pelindung matahari yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori kereta. Haa, kalau tidak pun boleh memasang filem cermin gelap Sunz Tint https://sunztint.com/catalog/.

LANGKAH KLASIK

Salurkan udara luar masuk dengan membuka tingkap kereta anda sebelum menghidupkan penyaman udara.

Langkah terbaik ialah dengan membuka semua tingkap dan pandu kereta anda seketika. Pemanduan yang baik ialah sekitar 10-15km/j dan mengambil selekoh 90 darjah jika ada. Inertia sewaktu membelok akan menolak udara panas keluar ke sisi dan menyedut udara segar masuk dari sisi yang satu lagi.

MULAKAN DENGAN TETAPAN ‘LOW’

Anda mesti tidak suka jika seseorang mengejutkan anda dengan tiba-tiba? Silap-silap dapat tendangan sisi Haliborange Tae-Kwan-Do free. Begitu juga dengan penyaman udara, mulakan dengan hembusan yang perlahan sambil meningkatkan putaran kipas dan kurangkan suhu.

Jangan main terjah begitu saja. Bahkan jika penyaman udara anda mempunyai mod ‘Auto’, perhatikan yang biasanya ia akan bermula dengan tetapan perlahan dan kemudian semakin kuat.

SENTIASA GUNAKAN MODE “RECIRCULATION”

Bila penyaman udara sudah sejuk, sentiasa pastikan ia berada dalam mod recirculation untuk mengelakkan udara panas dari luar masuk ke dalam. Ini akan menyebabkan penyaman udara anda bekerja dengan lebih relaks.

SERVIS BERKALA

Sama seperti kereta, sistem penyaman udara juga perlu diservis. Cecair penyejuk perlu ditukar, kompresor juga perlukan minyak khusus untuk kelancaran operasi. Komponen-komponen seperti expansion valve dan penapis juga perlu ditukar untuk memastikan penyaman udara anda beroperasi secara optima. Sekurang2nya 2 tahun sekali/ 40,000 km.

CUCI / TUKAR CABIN AIR-FILTER

Untuk aircond yang kerap guna, Sunz Tint rasa sangat bagus jaga penapis angin atau cabin air-filter. Minimum 6 bulan sekali bila buat servis enjin, boleh tukar sekali cabin air-flter sendiri. Kalau tidak dijaga ia boleh jadi punca cooling coil terlalu kotor dan angin blower tidak kuat, sebab itu aircond tidak berapa sejuk. Lebih kronik lagi bila lama kelamaan cooling coil boleh bocor. Kos repairnya memang MAHAL guys!

JANGAN UBAHSUAI SYSTEM

Haa ni satu lagi, Sunz Tint nak habaq kalau aircond tak cukup sejuk, jangan memandai ubahsuai. Tambah condensor, tambah kipas condensor, tambah reciever drier, compressor buat direct dan lain-lain. Kadang-kadang ubahsuai enjin pun ada kesan pada kualiti aircond! Kalau nak buat pastikan duit anda banyak dalam akaun..hehehe Ada duit, apa pun boleh. Tiada duit..standard pun sampai jugak kan?

Terima Kasih.

Sekiranya berminat dengan pemasangan cermin gelap SUNZ TINT boleh hubungi atau whatsapp ke  http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD)

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *