Sunz Tint pasti kita semua pernah melihatnya semasa di atas jalan raya dimana terdapat sebuah dua kereta dengan gelembung besar di cermin belakangnya. Keadaan ini tidak hanya terlihat buruk, malah berkemungkinan menjadi penghalang untuk melihat keluar dari kaca. Hal ini, boleh menyebabkan berlakunya risiko kemalangan.
Haa..Sunz Tint nak tanya laa bila dah menggelembung tu nampak buruk kan? Tetapi mengapa ini boleh terjadi?
Ikut pada pendapat Sunz Tint kan, ada beberapa sebab utama masalah gelembung dari cermin kereta ini berlaku :-
- Cara pemasangan yang tidak betul
- Jangka hayat usia
- Kualiti
Bukan Semua Tint Dibuat Sama
Di luar sana, terdapat banyak pemasang yang berkemungkinan menggunakan produk yang tidak dirancang untuk bertahan lama. Ini mungkin kelihatan baik pada mulanya dan biasanya murah untuk dipasang. Tetapi selepas pemasangan antara 1 hingga 3 tahun anda akan mula nampak masalah ini. Terdapat beberapa tanda bahawa tinted cermin anda mungkin kurang berkualiti:-
- perubahan warna (ungu)
- pudar
- warna gelap kelihatan berkabus atau kabur
Tinted Ungu
Pada setiap hari, cermin kaca kereta anda akan mengalami perubahan suhu, cuaca harian secara semulajadi. Sehubung dengan itu, penggunaan produk filem cermin gelap yang berkualiti rendah biasanya tidak dapat bertahan lama. Filem cermin gelap “tinted” pada asasnya adalah plastik, jadi sekiranya matahari panas membakar cernin kaca kereta anda setiap hari akan memberi kesan pada struktur tinted tersebut.
Pemanasan dan penyejukan yang melampau menyebabkan tinted murah mengalami perubahan warna yang mula memudar dan menanggalkan gam pelekat yang boleh mengakibatkan kabur. Tanpa gam pelekat yang berfungsi, tinted tidak lagi sesuai dengan bentuk melengkung kaca dan mula mengecut, retak, dan gelembung. Akhir sekali, akan meninggalkan anda dengan gangguan sebenar pada cermin belakang.
Jenis-jenis Gelembung
Terdapat beberapa jenis gelembung yang anda boleh lihat apabila memeriksa cermin-cermin kereta. Sini Sunz Tint nak habaq antaranya:-
- Gelembung udara
- Gelembung air
- Gelembung habuk
Gelembung udara yang besar adalah yang seperti kami sebut tadi, ia biasanya satu inci atau lebih dalam diameter dan disebabkan oleh kegagalan gam pelekat. Gelembung udara kecil (¼ inci atau kurang) boleh disebabkan oleh pemasangan yang tidak betul, tetapi agak jarang berlaku.
Gelembung air sukar untuk dilihat dan hanya perlu wujud selepas beberapa hari pertama / minggu pemasangan, kerana air akan menguap.
Gelembung habuk pula adalah yang paling biasa untuk didapati semasa dalam pemasangan yang berkualiti rendah. Ianya sangat kecil dan disebabkan oleh kepingan debu / serpihan kecil yang ditangkap antara warna dan kaca.
Terima Kasih.
Sekiranya tuan/puan berminat dengan filem cermin gelap Sunz Tint, boleh whatsapp atau call jerrr ???? http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD).
No comment