CERMIN HADAPAN KERETA

 

Hari ni Sunz Tint nak bercerita mengenai Cermin Hadapan Kereta.

Cermin kereta hadapan mempunyai 2 jenis ketebalan iaitu 1 layer dan 2 layer. Mana yang lebih berbaloi antara kedua-dua cermin kereta ini?

 

CERMIN DOUBLE LAYER (2 Lapis)

Double layer terdiri daripada 3 lapisan iaitu lapisan kaca luar, lapisan PVC dan lapisan kaca dalam pada bahagian dalam. Jika berlaku hentakkan pada cermin, impak dia tidak jadi terlalu teruk dan keselamatan kepada pemandu adalah selamat. 


Impak Retak

CERMIN SINGLE LAYER (1 Lapis)

Jenis cermin single layer tidak digalakkan dipasang pada cermin hadapan kenderaan kerana cerminnya yang nipis dan tidak tahan hentakan. Sekiranya terkena hentakan, ia akan pecah berderai. Cermin single layer biasanya dipasangkan pada bahagian pintu cermin kereta dan belakang kereta.

Contoh Retak

Sunz Tint nak tanya apa yang perlu buat apabila anda dapati cermin kereta anda pecah ?

Langkah-langkah adalah :-

1. Menutupkan lubang cermin kereta yang retak itu dengan tape. Untuk mengekalkan cermin yang retak termasuk habuk, air.

2. Apabila memandu kereta yang retak elakkan daripada lubang jalan, dan memandu perlahan apabila melalui bonggol jalan dan lubang jalan.

3. Jangan cuci kereta anda pada cuaca panas, dan elakkan buka hawa dingin kereta terlalu sejuk.
*Pembezaan cuaca luar dan dalam kereta yang ketara mungkin menyebabkan cermin pecah berterusan disebabkan tekanan tinggi dan rendah.

4. Datang tampal cermin kereta secepat mungkin.

TAHUKAH ANDA?

Haa.. Tetapi bukan semua cermin retak boleh dibaiki.

baiki cermin kereta 7KENAPA TIDAK BOLEH DIBAIKI?

Kawasan berwarna merah adalah kawasan cermin kereta yang sentiasa menghadapi tekanan apabila anda mengunakan kereta tersebut.
Kawasan oren pula adalah kawasan penglihatan pemandu.
Kawasan berwarna hijau kawasan yang boleh dan digalakkan membaiki.

 

Selepas anda memperbaiki atau memperbaharui cermin hadapan yang pecah/retak bolehlah datang ke cawangan-cawangan Sunz Tint https://sunztint.com/branch/ untuk membuat pemasangan film cermin gelap dengan harga yang berpatutan. Heheh.. Untuk keterangan lanjut mengenai pakej film cermin gelap “tinted” tuan/puan boleh hubungi dan whatsapp sahaja ke  http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD).

Terima Kasih

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × four =