Corak semata-mata atau ada fungsinya?

Apabila sebut sahaja tentang kereta, Sunz Tint percaya perkara pertama yang semua orang lihat pastinya warna, reka bentuk dan kuasa enjin yang dimilikinya. Bagi mereka yang sukakan perkara terperinci, mereka pasti mencari sesuatu unsur berbeza pada suatu kenderaan tetapi ada beberapa perkara ini yang mungkin tidak disedari oleh orang ramai.

  • GARISAN DI CERMIN BELAKANG

Perasankah anda akan kehadiran garisan hitam kecil yang terdapat di cermin belakang kereta? Sunz Tint rasa segelintir pemandu  memang mungkin tidak menyedarinya. Kerana apa? Kerana pelanggan kami juga baru menyedarinya ketika hendak memasang cermin gelap. Jadi, dekat sini Sunz Tint nak beritahu bahawa garis hitam ini diwujudkan bertujuan untuk memanaskan cermin dan memastikan ia sentiasa jelas. Sesetengah model kereta mempunyai sistem berbeza tetapi pada amnya, garis hitam tersebut tertanam dalam kaca sebagai sistem pencairan bersepadu.

Ia juga boleh menghapuskan kabus atau pemeluwapan yang terbina.

Cermin depan kereta anda juga mudah terdedah kepada kabus, tetapi udara di papan pemuka mampu meniup udara panas terus ke kaca depan untuk meningkatkan suhu dan menjadikan pandangan anda jelas.

Cermin belakang biasanya tidak diposisikan berhampiran ruang udara, jadi teknologi yang berbeza diperlukan.

  • TITIK HITAM DI SEKELILING TINGKAP

Pada bahagian di mana tingkap dipasang, pelekat yang kuat digunakan tetapi pengguna tidak mahu melihat kawasan tersebut kelihatan comot atau kotor, jadi titik-titik hitam ini ditambah. Ia biasanya diatur dalam ‘corak separuh tona’, di mana titik-titik itu mengecil dan jauh antara satu sama lain.

Peralihan jalur hitam di sekitar tingkap ke bahagian tingkap yang lutsinar membuatkan mata kita hampir tidak menyedari kehadiran corak-corak ini, sekali gus membuatkan ia seperti tidak wujud melainkan anda betul-betul merenungnya.

Ia juga memiliki fungsi lain. Apabila tingkap dibengkokkan ke dalam bentuk terakhir ketika pembuatan, titik-titik hitam ini dipanaskan untuk membuatkan kaca menjadi lebih lentur.

Titik hitam ini cenderung untuk menjadi panas lebih cepat daripada kaca yang membantu menyebarkan haba dan menghalang tingkap daripada pecah ketika proses pemanasan.

Terima Kasih

Anda nak kan karpet lantai kereta secara PERCUMA?

Anda boleh datang ke mana-mana cawangan Sunz Tint https://sunztint.com/branch/ yang berhampiran dengan pemasangan cermin gelap Sunz Tint pada hari Isnin dan Selasa jam 10pagi sehinga 3petang SAHAJA ! Mai mai selagi stok masih ada.

atau untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi ???? http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD).

No comment

Leave a Reply