Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking System sudah sedia dijadikan ciri standard kereta penumpang sedekad lalu. Secara faktanya Sunz Tint nak cakap yang ABS sudah diperkenalkan sejak lewat 1940-an dan pertama kali digunakan untuk sistem brek kapal terbang sebelum diadaptasikan model Britain, Jensen FF (1966-71).
Sistem ini merupakan satu sistem keselamatan kereta yang membolehkan roda kenderaan bermotor mengekalkan sentuhan cengkaman dengan permukaan jalan mengikut input pemandu ketika membrek bagi mencegah roda daripada terkunci (berhenti berputar) serta mengelakkannya daripada hilang kawalan akibat tergelincir.
Jadi, Sunz Tint nak beritahu yang ABS sangat penting. Pemandu moden kerap terlepas pandang mengenai kepentingan ABS, sebaliknya melihat sistem itu sebagai ciri kosmetik yang terlampau diuar-uarkan.
BAGAIMANA ABS BEKERJA?
Ketika seseorang pemandu menekan brek, sistem ABS akan menetapkan aliran minyak yang disalurkan kepada kedua-dua paksi penggerak yang diatur oleh sistem komputer / ECU dan seterusnya mengelakkan kereta daripada tergelincir.
Fungsi ABS sebenarnya sama seperti aksi menginjak pedal brek berulang kali (seperti mengepam) untuk kereta tanpa ABS. Ada sesetengah orang mendakwa dia mampu membrek lebih baik daripada ABS. Malah lebih pantas juga. Malangnya, orang itu silap besar kerana keupayaan ABS mengepam tayar ialah 15 kali dalam sesaat. Setakat ini tiada manusia yang mampu melakukannya kecuali Flashman atau Superman.
ABS merupakan sistem automatik yang menggunakan prinsip pembrekan seimbang yang sering dipraktikan oleh pemandu mahir dengan sistem brek generasi terdahulu. Ia melakukannya dengan kadar yang lebih cekap, lebih pantas dan kawalan lebih baik daripada apa yang dapat dilakukan oleh pemandu.
ABS secara umumnya menawarkan kawalan kenderaan yang lebih baik serta memendekkan jarak membrek pada permukaan kering dan licin bagi kebanyakkan pemandu. Walau bagaimanapun, bagi permukaan jalan yang longgar seperti permukaan batu kerikil serta bersalji, ABS boleh menambah jarak membrek dengan ketara namun ia masih membolehkan kenderaan itu dikawal dengan baik.
BAGAIMANA MAHU TAHU JIKA ABS BERFUNGSI?
Okayy Sunz Tint nak bagitahu juga sebenarnya lebih mudah mengetahui ABS yang gagal berfungsi berbanding ABS yang berfungsi.
Terdapat beberapa cara mengesan masalah pada sistem ABS kenderaan anda, antaranya:
- Pedal brek tidak responsif
- Pedal brek perlu ditekan lebih
- Lampu ABS menyala pada panel meter
- Roda terkunci semasa membrek
Jika salah satu ini berlaku, Sunz Tint sarankan anda membawa kenderaan anda untuk pemeriksaan secepat mungkin dan pandu secara berhati-hati.
Untuk mengetahui ABS bekerja adalah ketika berdepan sendiri situasi sebenar yang memerlukan anda membrek kecemasan. Apabila ABS aktif, anda akan rasa sedikit gegaran atau getaran pada pedal brek.
Jadi, tidak perlulah mengepam brek berulang kali kalau kereta anda sudah ada ABS. Cukup saja terus menekan pedal sekali mengikut keadaan hingga berhenti.
Terima Kasih
Tuan/puan berminat dengan film cermin gelap? Sunz Tint kan ada. Kami sedia membuat pemasangan di kereta anda. Untuk keterangan lanjut boleh whatsapp atau call jerrr ???? http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD).
No comment