Sunz Tint percaya pasti ramai yang bercita-cita nak kan kereta sendiri. Apabila sudah memilih kereta, pasti anda menginginkan pilihan warna kegemaran untuk kereta anda. Sunz Tint harap anda dapat memilih pilihan warna yang betul. Pemilihan warna sesebuah kereta kini amat penting. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat pelbagai warna ditawarkan oleh pihak pengeluar untuk menarik perhatian pembeli.
Eh kejap, Sunz Tint nak cakap bukan sekadar warna je tau, jenis cat yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menepati kehendak dan citarasa anda.
Terdapat pelbagai jenis cat yang mampu menukar penampilan dan menyerlahkan sesebuah kereta. Ianya juga menjadi perbandingan ketara bagi kenderaan biasa dengan yang mewah. Dahsyat kan? Heheh.. Oleh itu, setiap jenis cat yang digunakan mempengaruhi status dan harga sesebuah kereta.
Pada masa kini, terdapat empat jenis cat yang ditawarkan. Antaranya:-
-
Cat Warna Solid (Solid Paint)
Pilihan jenis cat ini adalah yang termurah berbanding dengan yang lain. Hal ini kerana ianya adalah cat asas tanpa mempunyai sebarang campuran dan hanya disaluti lapisan jernih sebagai pelindung.
Namun, kini kebanyakan pembuat kereta yang menggunakan cat solid ini tidak lagi disaluti dengan lapisan jernih (clear coat) kerana ia menggunakan campuran cat acrylic dan isocynate. Ini menjadikan ia lebih melekat, kuat dan tahan lama. Cara ini juga dapat mengurangkan kos proses.
Warna cat solid adalah agak kurang menarik kerana ianya tidak berkilat dan bersinat. Oleh itu pilihan warna yang ditawarkan juga tidak pelbagai. Kebiasanya warna yang digunakan adalah warna putih, merah, biru dan kuning.
Proses baik pulih untuk cat jenis ini adalah murah dan mudah. Namun begitu, warna solid ini sukar untuk bertahan lama. Ianya mudah kusam dan pudar disamping amat sukar untuk dicuci.
Solid White – Perodua Axia
-
Cat Warna Metalik (Metallic Paint)
Jenis cat ini tidak mempunyai begitu banyak perbezaan dari cat solid. Cat metalik mengandungi serbuk logam. Oleh itu, harga cat jenis ini lebih mahal berbanding cat solid.
Yang membezakan jenis, harga, dan kualiti cat ini ialah jenis, saiz, dan kandungan serbuk logam yang dicampurkan ke dalam cat. Sebab itulah yang mempengaruhi warna cat tersebut bersinar dan berkilat.
Kereta yang bercat metalik ini sangat mudah dijaga dan dicuci serta dapat mengekalkan keaslian warna asalnya dengan lebih lama. Kesan calar yang kecil juga sukar untuk dilihat dan pilihan warna jenis cat ini adalah amat banyak dan pelbagai.
Jenis cat ini juga antara pilihan yang paling popular tanpa mengira jenis dan harga kenderaan tersebut. Tetapi itulah, yang selalunya menjadi masalah adalah agak sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama jika memerlukan kerja baik pulih.
Metallic Citrus Green – Proton Iriz
-
Cat Kilauan Mutiara (Pearlescent Paint)
Pemilihan cat Kilauan Mutiara ini merupakan pilihan premium yang semakin popular dan digemari. Perbandingan cat ini dengan cat metalik adalah jenis ini dicampurkan dengan kristal seramik dan bukannya serbuk logam.
Selain dari kesan berkilat dan bersinar, keistimewaan cat Kilauan Mutiara ini boleh membiaskan cahaya lalu dan menukar warna mengikut kecerahan atau warna cahaya, lengkuk badan kereta dan arah sudut pandangan yang memberikan kesan dramatic, unik dan menawan kepada badan kereta. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dengan jenis cat ini.
Warna yang ditawarkan juga adalah pelbagai tetapi yang paling popular ialah warna putih mutiara. Harganya agak mahal bergantung kepada jenis dan saiz kereta serta kualiti cat.
Penjagaan dan kekurangannya adalah lebih kurang sama seperti cat metalik cuma ianya mampu menyerlahkan lagi status pemilik kereta serta lebih sesuai buat kenderaan mewah.
Nissan Fairlady Z – Pearl White
-
Cat Kemasan Kusam/Mati (Matte Finishes)
Cat jenis ini tidak sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan kerana boleh menyebabkan kenderaan tersebut kelihatan burk dan tidak menarik. Cat ini lebih sesuai digunakan oleh kenderaan jenis berprestasi tinggi atau jenis sporty.
Kebiasaannya cat ini popular dengan warna hitam atau kelabu. Ianya kelihatan kusam dan tidak berkilat atau bersinar. Cat jenis ini dicampurkan dengan kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi.
Cat mati ini adalah amat mahal dan boleh mencecah sehingga RM10K bergantung kepada kualiti kerana ianya memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi berbanding mengecat menggunakan cat biasa.
Penjagaannya juga amat leceh dan sebarang calar atau kerosakan akan kelihatan lebih jelas. Malah, proses untuk baik pulihnya amatlah sukar.
Matte Black – Lexus FA
Apa-apa pun lain orang lain citarasa dan warna kegemarannya. Untuk memenuhi kehendak dan citarasa tersebut sememangnya ada segelintir mereka yang tidak kisah tentang harga selagi berkemampuan. Ini berkemungkinan mereka inginkan perbezaan dan perhatian.
Haa kalau nak lagi cun melecun mai la pasang film cermin gelap di Sunz Tint. Kami mempunyai pelbagai jenis pakej https://sunztint.com/catalog/ yang menarik tau ! Yang berminat boleh hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.
Terima Kasih.
No comment