Haii semua,
Sunz Tint nak tanya la kan..Pernah tak anda terfikir mengenai barang atau peralatan yang mesti kena ada di dalam kereta sebelum anda ke mana-mana? Bukan apa, supaya barang atau peralatan ini menjadi penyelamat kita andai berlaku kecemasan. Apatah lagi, bila anda membuat perjalanan yang jauh. Aspek keselamatan kenderaan jangan dilupakan.
Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, keperluan barang ini mesti kena ada di dalam kereta masing-masing kerana ianya sangat penting dan berguna sekiranya berlaku kecemasan kepada pemilik kenderaan.
Walau bagaimanapun, Sunz Tint pasti masih ramai pemandu yang kurang peduli mengenai peralatan yang mesti kena ada dalam kereta ini. Tetapi apabila sudah terjadi, barulah mereka mula termenung dan ternganga sebab tidak tahu mahu berbuat apa melainkan meminta bantuan atau pertolongan dari orang lain.
Sebagai seorang pemandu yang berhemah, anda perlu mempersiapkan diri sebaiknya sekiranya anda tidak mahu berdepan dengan sebarang kejadian yang tidak diingini. Jadi mari kita tengok apakah barang atau peralatan yang mesti kena ada dalam kereta tu?
-
KIT & BEG KECEMASAN
Kit dan beg kecemasan ini adalah antara barangan keperluan yang penting kerana malang tidak berbau.
Kit kecemasan ini cukup sekadar anda mempunyai alatan dan ubat-ubatan yang asas seperti minyak angin, plaster, pembalut luka dan penadol, tidak perlulah kit kecemasan yang telalu lengkap dan mahal-mahal.
Bagi beg kecemasan pula, anda perlu pastikan beg kecemasan anda dilengkapi dengan barangan keperluan yang berisi peralatan-peralatan yang boleh digunakan jika berlaku kecemasan. Antara peralatannya adalah seperti kain lap, pisau poket, sarung tangan, tukul cermin, lampu suluh, bateri (seeloknya diasingkan) dan set pemutar skru.
-
MINYAK HITAM & AIR
Walaupun anda sudah memeriksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan, tetapi mana tahu kemungkinan minyak hitam anda leaking sewaktu perjalanan. Jadi sekirannya berkurang, anda boleh menambahkan sahaja minyak itu. Begitu juga dengan air.
Selain menjadi bekalan air minuman kepada pemandu dan penumpang, air minuman ini juga boleh digunakan untuk membasuh tangan atau kekotoran. Tetapi yang paling penting, boleh digunakan untuk menambah air ke dalam radiator jika perlu. Tidaklah anda tercari-cari nanti.
-
SEGI TIGA KECEMASAN (KON KESELAMATAN) & LAMPU SULUH
Wahai pemilik kenderaan, jangan sesekali anda memandang mudah terhadap peralatan segi tiga kecemasan atau kon keselamatan dan lampu suluh ini ya. Kalau kenderaan anda breakdown di tepi jalan, peralatan ini membantu anda memberi tahu kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa kereta anda sedang dalam masalah. Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan satu dalam kereta anda. Peralatan ini sangat penting apabila kenderaan rosak lebih-lebih lagi pada waktu malam.
-
KABEL PELOMPAT BATERI (JUMPER)
Bateri kereta anda mungkin kadang-kadang boleh “kong” begitu sahaja. Jadi adalah lebih baik anda menyediakan satu kabel jumper supaya mudah untuk anda dapat pertolongan dari kereta lain. Kegunaan jumper atau kabel pelompat bateri ini adalah untuk menghidupkan kereta yang mengalami masalah bateri. Sekarang ini, dipasaran sudah mempunyai pelompat bateri jenis mudah alih. Ianya berbentuk seperti bank kuasa (power bank) yang boleh digunakan untuk menghidupkan enjin dan disediakan khas kerana tidak memerlukan bantuan kenderaan lain. Hebat kan ? Kecil tapi berpower dan mudah untuk disimpan.
-
TAYAR GANTI DAN PERALATANNYA
Periksa tayar simpanan anda. Pastikan ianya berisi angin secukupnya. Bukan itu sahaja, tetapi perlu pastikan juga tayar berada dalam keadaan elok dan boleh digunakan sekirannya berlaku sebarang kecemasan.
Selain itu, pastikan peralatan untuk menukar tayar seperti bicu (jack) dan soket perengkuh (wrench) atau sepana roda turut dibawa bersama agar proses mengganti tayar menjadi lebih mudah.
Akhir kata, anda perlulah sentiasa menempatkan peralatan atau barang ini di dalam kenderaan supaya dapat mengurangkan risiko dan membantu sekirannya berlaku apa-apa kemungkinan yang tidak diingini. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan kan? Hati-hati di jalan raya !
Terima Kasih.
Ohh iya jika berminat dengan pemasangan cermin gelap, tuan/puan boleh hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.
No comment