BUNYI PELIK PETANDA AWAL KERETA ROSAK

Anda sentiasa pandu kereta. Pasti ada hari yang akan anda rasa bahawa ianya ada yang tidak kena. Biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya.

Antara masalah kereta rosak anda dapat mengesan melalui bunyi ‘lain macam’ yang dihasilkan. Jadi, Sunz Tint sarankan kalau anda pandu kereta dan terdengar bunyi-bunyi yang lain dari biasa di beberapa bahagian kereta pastikan anda tidak mengabaikannya. Itu petanda kereta anda ada kerosakan. Sunz Tint rasa lebih baik anda bawa ke bengkel untuk di periksa sebelum terlambat dan kos kerosakan makin tinggi.

  • BUNYI KETUKAN DI BAHAGIAN TAYAR

Bunyi ini mungkin disebabkan masalah absorber atau penyerap hentakan. Kompenan ini penting untuk memastikan tayar kereta bersetuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan brek dan kenderaan anda.

  • BUNYI SEPERTI SIULAN TERUTAMANYA KETIKA PUSING DI SELEKOH

Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak.

  • BUNYI BESI BERGESER SETIAP KALI TEKAN BREK

Sunz Tint nak  bagitahu anda supaya jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya ! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi bolek merosakkan juga cakera brek.

  • BUNYI NYARING DARI BAHAGIAN BONET

Bunyi ini kemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera !

  • EKZOS MENGELUARKAN BUNYI KUAT KETIKA MEMECUT

Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, ini bekermungkinan disebabkan kebocoran pada ekzos. Jadi, Sunz Tint sarankan jangan ambil mudah kerana kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.

Teima Kasih

Berminat dengan pemasangan film cermin gelap Sunz Tint?  boleh hubungi atau whatsapp sahaja ke  http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD)

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *