PENGETAHUAN ASAS TAYAR KERETA

Tayar adalah komponen yang paling penting bagi kereta anda kerana ia permukaan yang terdedah kepada jalan raya. Tujuan tayar anda adalah untuk pengendalian, stereng, keselesaan, cengkaman dan brek kenderaan dalam waktu kecemasan.

Dalam ini, Sunz Tint ingin berkongsi beberapa pengetahuan asas mengenai tayar kereta yang anda harus ketahui.

MEMAHAMI SPESIFIKASI TAYAR

  • KOD TAYAR KENDERAAN

Apa maksud nombor dan huruf di sisi tayar?

Tambahan Abjad yang Terakhir selain dari gambarajah di atas ialah Y = Maksimum Had Laju 300 KM/Jam.

  • SETIAP TAYAR ADA 4 ANGKA TERCATIT DI SISI TAYAR

Cotoh 2519

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 25 Tahun 2019..

Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan..

Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh (Expired)..

Jadi, jika tukar tayar yang baharu pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun yang terkini..

 

PASTIKAN INFLASI TAYAR BETUL

Kehausan tayar akan ditentukan oleh inflasi tayar sama ada kurang atau lebih. Sekiranya anda menyedari bahawa bahagian luar tayar anda lebih haus daripada bahagian tengahnya, ini bermaksud tayar anda sering digunakan di bawah tekanan yang sepatutnya. Tayar yang terlalu rendah tekanannya tidak dapat menyerap ketukan jalan berlubang dan boleh menjejas penjajaran stereng atau merosakkan suspensi.

Sebaliknya, tekanan berlebihan akan menghauskan bahagian tengah tayar berbanding dengan luar. Ini diakibatkan oleh tayar yang membonjol secara menegak dan menyebabkan kehausan bahagian tengah.

Untuk mengelakkan kehausan bunga tayar yang tidak rata, isikan tayar anda dengan tekanan yang tepat sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Tekanan yang disyorkan boleh dirujuk dari pelekat maklumat tayar pada pintu pemandu kereta. Di sini anda boleh mendapatkan maklumat mengenai ukuran tayar, spesifikasi, serta tekanan yang sesuai untuk kesemua tayar, termasuk tayar ganti.

Terima Kasih.

Berminat dengan pemasangan film cermin gelap Sunz Tint?  boleh hubungi atau whatsapp sahaja ke  http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD)

 

No comment

Leave a Reply