Harap semua dalam keadaan sihat dan baik.
Ramai yang sudah sedia maklum bahawa selepas pemasangan tinted kereta pasti ada pantang larangnya kan..Apakah pantang larangnya itu?
Ada sukanya Sunz Tint berkongsi semula beberapa pantang larang selepas anda memasang tinted film pada kereta anda. Tempoh pantang larang pada kereta adalah 3 – 7 hari.
-
JANGAN BUKA TINGKAP CERMIN
Tint film yang belum kering atau belum lekat sepenuhnya mungkin akan terkeluar atau terlipat apabila anda membuka cermin tingkap. Biasanya tempoh ini mengambil masa dalam 3hari. Selepas itu anda bolehlah membukanya untuk menghirup udara luar yang segar lagi menyegarkan.
-
JANGAN PASANGKAN PEMEGANG
Bagi kereta yang menggunakan pemegang telipon bimbit (phone holder) dan camera papan pemuka (dash cam), anda tidak boleh memasangnya terus selepas pemasangan tinted kerana ia boleh menyebabkan tint film belum kering menghasilkan gelembung angin (bubble). Selepas 7 hari barulah anda boleh menggunakan semula phone holder dan dash cam.
-
JANGAN PASANGKAN PEMANAS (HEATER)
Heater line akan menyebabkan tint film yang tak kering menghasilkan gelembung angin. Jadi jangan pasangkannya !
Selain itu, apabila cuaca panas atau cuaca tidak hujan anda dinasihatkan supaya jangan pasang heater kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan gelembung angin walaupun tint film sudah kering. Disamping itu, ia juga boleh menyebabkan cermin belakang kereta anda pecah kerana suhunya yang tinggi bergabung dengan cuaca yang panas.
Kami Sunz Tint mempunyai pelbagai jenis pakej https://sunztint.com/catalog/ yang menarik tau ! Jika berminat boleh hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.
Terima Kasih
No comment