KERETA MASIH BAHANG ?

Hi semua !

Apa?! Anda sudah pasang tinted kereta dengan harga yang mahal dan berkualiti..Tetapi masih terasa panas? bahang?

Tahu kenapa?

Ini mungkin berpunca daripada penghawa dingin kereta anda..Sudahkah anda periksa atau servis?

Yang belum tu, eloklah baca kejap perkongsian  dari Sunz Tint ini mengenai masalah atau punca yang disebabkan penghawa dingin kereta tidak sejuk.

KEGAGALAN MINYAK COMPRESSOR BEKERJA DENGAN EFISYEN BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN TERUK DALAM SISTEM AIRCOND KERETA.

PUNCA YANG MENYEBABKAN AIRCOND KERETA TIDAK SEJUK

Di sini ada beberapa punca-punca masalah aircond kereta tidak sejuk terjadi tetapi kebiasaanya ialah :

1. COMPRESSOR TAK BERFUNGSI

Komponen ini sangat penting dalam sistem penghawa dingin kereta. Kegagalan berfungsi dengan baik akan menyebabkan aircond kereta tidak sejuk atau tidak sejuk secara keseluruhan.

2. CONDENSER FAN ROSAK

Kipas condenser ni berfungsi membantu menurunkan suhu dan tekanan sistem aircond, supaya gas dapat bertukar menjadi cecair pada condenser.

Salah satu simptom bila condenser fan rosak ni, apabila kereta berjalan aircond menjadi sejuk, tetapi apabila kereta berhenti aircond menjadi panas.

Anda boleh lakukan “visual checking” duhulu. Sangat mudah, buka bonet hadapan, tengok kipas condenser ni berpusing atau tidak.

Sekiranya tidak, besar kemungkinan fius putus, atau relay dah rosak atau motor fan dah rosak.

PASTIKAN KIPAS CONDENSER BERPUSING DENGAN LAJU.

3. FILTER DRIER KOTOR DAN TERSUMBAT

Tekanan sistem aircond boleh naik sangat tinggi apabila masalah filter drier tersumbat.

Disebabkan anda tidak membuat servis tukar filter drier baru secara berkala, sistem aircond sangat berisiko tinggi untuk tersumbat.

Bila tekanan terlalu tinggi melebihi spesifikasi, aircond kereta secara tidak langsung tidak akan sejuk.

DI DALAM FILTER DRIER ADA “DESSICANT” UNTUK MEMERANGKAP KOTORAN HALUS DAN MOISTURE.

4. EXPANSION VALVE ROSAK

Masalah yang kerap terjadi pada valve ni adalah stuck open ataupun stuck closed.

Sudah tentu masalah ni berlaku apabila ada bendasing atau kotoran yang telah masuk ke dalam valve dan menyebabkan ia rosak.

Aircond memang tidak akan sejuk dan masalah besar apabila boleh memberi kerosakan teruk kepada seluruh sistem aircond kereta.

EXPANSION VALVE TEMPAT DI MANA TEKANAN DIPAKSA TURUN DENGAN MENDADAK.

5. COOLING COIL TERLALU KOTOR

Sekiranya masalah ini terjadi, anda mungkin akan perasan bahawa aircond anda berbunyi sangat  kuat, tetapi kuantiti aircond yang keluar amat sedikit ataupun aircond slow.

Anda mampu mengurangkan masalah ini sekirannya anda jaga servis cabin filter dan servis blower fan yang ada pada belakang glove box di sebelah tempat duduk penumpang hadapan.

Pastikan cabin filter dan blower fan itu sentiasa bersih.

BILA COOLING COIL TERLALU KOTOR, ANGIN BLOWER SUSAH NAK LEPAS.

6. GAS AIRCOND BOCOR

Kebiasaannya masalah aircond tidak sejuk secara tiba-tiba juga melibatkan gas aircond itu sendiri. Sekiranya gas dalam sistem aircond kurang atau langsung tiada, maka compressor tidak akan berfungsi.

Anda hanya perlu sediakan kunci dan sehelai kain atau tisu. Gunakan kunci untuk cucuk valve nipple yang boleh ditemui pada paip aircond. Gunakan kain atau tisu itu untuk menutup sedikit kunci dan bahagian tangan anda semasa ingin memeriksa gas aircond ini.

Anda akan dapat merasa gas aircond keluar dengan kuat sekiranya gas aircond masih ada. Sekiranya tiada gas yang keluar, maka ada masalah kebocoran gas dalam sistem aircond kereta anda. Anda boleh gunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan kebocoran tersebut.

JIKA ADA MASALAH KEBOCORAN GAS, PERIKSA DAN BAIKI BOCOR GAS TERSEBUT.

Kesimpulannya, kurangkan risiko segala masalah aircond kereta dengan jaga servis dan buat servis flushing untuk tukar minyak compressor secara berkala setiap 30,000 km ataupun setahun sekali. Sebab apa kena buat servis ni? Sebab minyak compressor aircond tu sangat penting.

Haa, setelah itu barulah anda akan terasa sejuk dan selesa apabila nak drive kereta, betul tak? Selain itu, tiada lagi situasi anak merengek kepanasan, berpeluh seperti main bola waktu drive dan sebagainya sebab apa ? ada tinted dan aircond.

Jadi, bagi kenderaan yang belum memasang film tinted. Bolehlah hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih.

 

 

 

 

 

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *