WINDSCREEN TIDAK BOLEH DI TINTED ?

Mungkin segelintir pemandu tidak perasan bahawa cermin hadapan kereta mereka sebenarnya ada kerosakan. Kebiasaannya, kerosakan cermin hadapan kereta berlaku dalam dua jenis iaitu – rekahan kecil atau retakan. Apabila mereka datang ke kedai Sunz Tint untuk permasangan film cermin gelap barulah mereka menyedarinya setelah diberitahu oleh kami. Bukan apa, apabila ada keretakkan atau rekahan yang teruk..kami Sunz Tint tidak dapat membuat pemasangan film cermin gelap tersebut kerana berisiko.

Retak/crack pada cermin hadapan kereta merupakan satu dilema yang perlu dihadapi oleh pemandu kenderaan kerana ia membantut perjalanan yang telah dirancang serta menelan kos besar jika perlu menukar cermin baru. Secara amnya, di tempat berlakunya rekahan akan mewujudkan satu titik lubang kecil yang akan memecahkan permukaan cermin tersebut.

Sunz Tint ingin berkongsikan kepada anda mengenai beberapa jenis keretakkan cermin hadapan yang mana jika diambil perhatian awal dapat menyelamatkan cermin dan wang anda.

  • BULLS EYE

Bulls Eye’ atau Mata Lembu (kelihatan sama seperti buih udara di dalam cermin atau di bawah lekuk tersebut). Ia kemungkinan berbentuk bulat atau berbentuk separuh bulan (partial bulls-eye). Ia biasanya berlaku disebabkan oleh batu ataupun objek yang berbentuk bulat yang seterusnya meninggalkan kesan bentuk bulat pada cermin kereta serta serpihan cermin terpisah dari badan cermin kereta. Kerosakan ini tidaklah serius, boleh dipandu seperti biasa tetapi seeloknya baiki kerosakan tersebut jika mempunyai masa lapang. Tidak memerlukan cermin kereta baru.

  • HALF MOON

Half moon adalah apabila pemandu kereta menghadapi situasi yang sama dengan bull eye, cuma ia hanya meninggalkan kesan keretakkan separuh dari bentuk bull eye. Dapat memandu seperti biasa dan ia tidak menyebabkan keretakkan itu merebak kepada lebih teruk. Tidak perlu menukar cermin kereta baru.

  • STAR BREAK

Keretakkan kecil yang meninggalkan bentuk seperti bintang di atas cermin. ‘Star’ atau Bintang (mempunyai dua atau lebih kaki retakan dan ia akan merebak dari lekuk atau lubang tengah dimana ia mula-mula terkena hentaman). Jika ia tidak dibaiki dengan secepat mungkin, boleh menyebabkan keretakkan merebak menjadi lebih teruk.

  • COMBINATION BREAK

Dari gambungan bull eye dan star break yang menghasilkan combination break. Kerosakkan ini agak serius dan biasanya tukang repair cermin akan menyuruh menukar cermin yang baru sahaja pilihan yang diberi.

Retakan yang lebih menggerunkan berbanding dengan yang lain ialah yang dinamakan ‘Crack’ atau Retakan. Retakan selalunya berbentuk memanjang atau linear yang terbuka di permukaan cermin. Ia cenderung untuk merebak walaupun hanya dengan tekanan yang sedikit atau perubahan suhu yang kecil dan sering bermula dari satu lubang yang terjadi di tepi cermin hadapan.

  • EDGE CRACK

Berlaku di 2 inci daripada hujung cermin kereta dan boleh merebak sehingga 12 inci jika perhatian awal tidak diberi. Pemandu perlu ke kedai repair cermin dengan kadar segera serta perlahan-lahan agar tidak memberi tekanan kepada cermin kereta.  Jika tiada kawalan perjagaan semasa ke kedai repair cermin, kemungkinan cermin kereta perlu menukar kepada yang baru.

  • STRESS CRACK

Keretakkan cermin kereta yang tidak mempunyai kaitan dengan perlanggaran sebarang  objek luar. Ia terjadi kerana berlaku perubahan suhu secara mengejut dari suhu penas ke suhu sejuk. Kejadian ini terjadi apabila kereta yang diparking di bawah matahari terik dan serta-merta membuka penghawa dingin tanpa memberi masa suhu dalam kereta sama dengan suhu di luar kereta. Keretakkan ini berbentuk straight line dan ia bermula di bahagian tepi cermin hadapan kereta. Pemandu perlu mengambil perhatian serius kerana ia mudah merebak.

  • CHIP

Berlaku apabila batu kecil berlanggar dengan cermin kereta dan seterusnya membawa serpihan kecil terpisah dari cermin kereta. Bukaan akan terhasil dari kerosakan ini yang menyebabkan cermin berada dalam keadaan tidak selamat dan stabil.

  • FLOATER CRACK

Bermula di tengah cermin kereta hadapan. Terutama jika ia tidak terletak 2 inci dari sisi cermin bermakna ia adalah floater crack. Keretakkan ini bahaya yang mudah merebak dengan cepat jika tidak dibaiki dengan segera.

Seperti yang anda lihat, retakkan boleh wujud dalam bentuk yang lebih kompleks, terjadi dalam pelbagai bentuk atau becorak, ia bergantung pada sejauh mana keretakkan yang berlaku. Antara faktor retakkan seperti ini berlaku ialah dengan memandu cermin kenderaan yang retak, ia akan melemahkan sekitar kawasan retakkan tersebut dan menyebabkan ia menjadi lebih besar.

Selain itu, retakkan yang menyerupai sesawang boleh menyelubungi separuh cermin anda juga sangat berbahaya jika tidak di tukar segera. Retakkan ini berlaku disebabkan oleh objek yang menghentam permukaan cermin dengan kuat. Oleh hal yang demikian, penglihatan anda ketika memandu akan berkurangan secara mendadak dan kemungkinan akan terlibat dalam kemalangan.

Jadi, Sunz Tint harap agar yang mana cermin hadapannya  mempunyai retakkan atau rosak yang teruk. Segera memperbaharui atau memperbaikinya untuk keselamatan. Haa, apa lagi dah ganti tu bolehlah datang kembali ke cawangan-cawangan Sunz Tint https://sunztint.com/branch/ untuk membuat pemasangan film cermin gelap dengan pakej yang berpatutan https://sunztint.com/catalog/. Heheh.. Untuk keterangan lanjut mengenai pakej film cermin gelap “tinted” tuan/puan boleh hubungi dan whatsapp sahaja ke  http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD).

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four × one =