KENAPA PERLU TINTED ?

Rata-rata di jalan raya, Sunz Tint melihat kebanyakan kenderaan menggunakan cermin gelap sama ada terus gelap (tidak nampak langsung pemandu di dalam kenderaan) atau agak gelap (berdasarkan peratus ketelusan cahaya).

Tidak kurang juga ramai yang memasang tinted di kediaman dan bangunan. Jadi, Sunz Tint ingin berkongsi beberapa sebab betapa pentingnya film cermin gelap dalam kehidupan harian anda. ????

  • BAHANG PANAS CAHAYA MATAHARI

Seperti yang anda ketahui, Malaysia is hot. Untuk mengelakkan bahang yang mungkin membahayakan anda tambahan lagi apabila anda pasang aircond pun payah nak sejuk disebabkan panas terik matahari. Seeloknya anda memasang tinted. Pemasangan tinted yang betul mampu mengurangkan haba masuk ke dalam kereta seterusnya tidak akan membuat anda berasa sangat panas. Lagi-lagi apabila anda turut memasang aircond confirm akan jadi cepat sejuk.

  • MELINDUNGI & MENGEKALKAN KESIHATAN 

Seterusnya, pemasangan cermin gelap yang berkualiti juga akan mampu menangkis sinaran UV daripada masuk terus ke dalam kereta kerana sinaran ini amat berbahaya kepada kesihatan. Jika terdedah terlampau lama kemungkinan besar akan mendapat kanser kulit.

  • PELINDUNGAN PRIVASI

Biasanya, pemandu lebih selesa memandu tanpa orang lain memerhatikannya. Bukan pemandu sahaja, penumpang mahupun keluarganya sendiri pun turut tidak mahu tingkah laku atau pergerakkan mereka diperhatikan oleh orang lain. Pemasangan cermin gelap ini juga dianggap untuk perlindungan privasi, sekiranya mempunyai barangan berharga yang tanpa anda sedari tertinggal di dalam kereta. Pencuri tidak akan menyedari adanya barang berharga di dalam kenderaan kerana keadaan cermin gelap yang agak sukar dilihat.

  • PEMANDUAN YANG LEBIH BAIK & SELESA

Pemasangan tinted pada cermin kereta akan dapat melindungi pemandu dan penumpang dari silau sinaran cahaya matahari yang sangat terik. Ia juga amat penting terutamanya buat pemandu yang mempunyai masalah rabun silau. Selain itu, bahang cahaya matahari yang terik akan menyebabkan anda rasa tidak selesa dan berpeluh macam dalam oven. Jadi dengan pemasangan film cermin gelap dapat mengurangkan bahang panas dan memberikan anda 100% keselesaan apabila memandu.

  • MENCEGAH DARI SINARAN UV

Di dalam beberapa tahun penggunaan, cat kereta akan menjadi pudar dan retak, bahkan aksesori kereta seperti seat kulit, dash board dan sebagainya juga akan berlaku kerosakan disebabkan oleh tindak balas cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV yang amat berbahaya mampu masuk ke dalam kereta yang tidak dipasang tinted. Namun, anda juga perlu tahu bahawa pemasangan cermin gelap tidak dapat menghalang sinaran UV, kerana ia hanya untuk aksesori kecantikan dan keselamatan.

Terima Kasih.

Klik untuk melihat pakej Sunz Tint : https://sunztint.com/catalog/

Berminat ? Boleh hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.

No comment

Leave a Reply