loading

BAHAYA TIDUR DALAM KERETA

Apabila menempuh perjalanan yang jauh bersama keluarga tercinta atau teman-teman dengan menaiki kereta, Sunz Tint percaya pastinya amat meletihkan. Bahkan tidak dinafikan, sering kali juga terasa mengantuk semasa pemanduan.

Jadi, bagi mereka untuk menghilangkan rasa mengantuk dan kelesuan, ada segelintir antara kita yang akan berhenti di mana-mana hentian rehat atau di tepi jalan untuk tidur seketika di dalam kereta dengan engin kereta tidak dimatikan.

Tindakan seperti ini pada hakikatnya akan membawa bahaya apabila berlakunya kebocoran karbon monoksida dan akan mengakibatkan punca kematian seseorang.

1. Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.
2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).
4. Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.
5. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
6. Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
Sebaiknya, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.

Sumber : Astro Awani

Berminat dengan pemasangan film cermin gelap ?  boleh hubungi atau whatsapp sahaja ke  http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD)

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *