NAMPAK 3 INDIKATOR AMARAN – CEPAT BERHENTI

Sunz Tint ingin sharekan kepada anda bahawa sekiranya indikator pada panel meter atau kluster instrumen menyala, bermaksud bukanlah cubaan TETAPI ada sesuatu yang anda perlu buat dengan segera kerana indikator tidak akan menyala secara tiba-tiba. Andai kata, anda gagal dalam mengambil tindakan dengan segera dan tepat  ia akan menyebabkan kerosakan kereta jadi lebih teruk dengan menelan kos baik pulih yang mahal.

 

 

Sunz Tint juga percaya bahawa perkara paling biasa berlaku ialah indikator periksa enjin atau check engine’ menyala. Kebanyakan pemandu sememangnya memahami kepentingan bertindak segera apabila melihat isyarat tersebut. Namun, masih ada segelintir pemandu yang sengaja mengabaikan indikator itu. Malah, ada juga pemandu yang langsung tidak perasan lampu amaran itu sedang menyala.

Selain itu, terdapat beberapa kes tertentu dimana ada pemandu menjadikan indikator ‘check engine’ sebagai petanda bahawa sudah tiba masa untuk mereka menukar minyak hitam. Ini salah ya!

Jadi sebagai pemandu yang bijak, kita perlu mengetahui tentang simbol dan peranan indikator amaran yang terpapar pada panel meter. 

Seperti yang kita ketahui, sebenarnya ada banyak indikator tetapi asasnya ada 3 indikator utama yang memerlukan perhatian segera.

* Artikel sebagai panduan asas. Sebarang permasalah perlu dirujuk buku manual dan mekanik diiktiraf.

 

1. LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK

KENAPA MENYALA: Indikator ini (juga dipanggil lampu Aladdin atau teko) menyala selama satu atau dua saat ketika menghidupkan enjin kereta dan kemudian hilang. Tetapi tanda amaran akan muncul apabila sensor enjin mengesan tekanan minyak berada di bawah paras selamat. Ini bermakna kereta anda kemungkinan berlaku kebocoran penggunaan minyak atau kerosakan pam minyak (oil pump). Perlu tindakan segera kerana minyak tidak mengalir dengan betul ke dalam enjin.

TINDAKAN: Matikan enjin dan baca buku manual untuk tindakan lanjut. Mungkin boleh menambah minyak enjin dan teruskan memandu dengan berhati-hati. Tetapi mungkin juga kereta perlu ditunda ke bengkel. Semua kenderaan berbeza, tetapi langkah yang betul digariskan dalam manual pemilik.

JIKA ABAIKAN: Tanpa tekanan minyak mencukupi, bahagian ketepatan tinggi dalam enjin akan haus dengan cepat, pecah, dan rosak. Dalam banyak situasi, memandu beberapa saat dengan tekanan minyak rendah boleh merosakkan enjin.

 

2. LAMPU AMARAN ENJIN TERLAMPAU PANAS / ENJIN COOLANT

KENAPA MENYALA: Simbol suhu merah itu mungkin disertakan bersama tolok penyejuk (coolant) berwarna biru yang dibaca  berhampiran zon merah. Apabila indikator merah menyala, itu bermakna suhu coolant melebihi darjah selamat dan enjin terlampau panas. Kemungkinan ada kebocoran coolant, gelembung udara dalam sistem penyejukan, atau pam penyejuk gagal berfungsi. Amaran ini penting dan perlu bertindak segera kerana enjin berisiko tinggi mengalami kerosakan teruk.

TINDAKAN: Segera berhenti di bahu jalan dan pastikan keadaan lalu lintas selamat.  Biarkan enjin melahu biasa tanpa menekan pedal minyak. Hidupkan penyaman udara. Jangan terus matikan enjin, tunggu sekejap sebelum dimatikan.

Biasanya jika tanda kebocoran dikesan, enjin mesti dimatikan segera. Antara tanda itu ialah bau gula hangit, wap keluar dari bawah bonet atau nampak cecair panas mengalir bawah kenderaan. Jika salah satu tanda itu dikesan, tindakan terbaik adalah mematikan enjin atau biarkan enjin melahu beberapa saat untuk menyejukkannya sebelum enjin dimatikan.

Anda mungkin boleh menambah coolant dan meneruskan pemanduan, tetapi lebih baik kereta ditunda ke bengkel.

JIKA ABAIKAN: Jika anda terus memandu dalam keadaan enjin panas, komponen utama dalaman mungkin mengalami kerosakan ekstrem dengan cepat. Kebarangkalian kepala silinder akan meleding atau bengkok yang menyebabkan kos baik pulih meroket tinggi hingga perlu menggantikan blok enjin baharu.  Kerosakan kepala gasket juga mungkin terjadi, seperti kegagalan hos penyejuk, paip penyejuk berkaitan, dan pam penyejuk itu sendiri.

 

3. LAMPU AMARAN BREK

KENAPA MENYALA: Ada beberapa sebab kenapa lampu brek menyala. Ini mungkin disebabkan mentol lampu brek terbakar atau kehilangan sejumlah kemampuan membrek pada kenderaan. Boleh jadi juga anda cuma terlupa melepaskan brek tangan atau brek parkir.

TINDAKAN: Periksa brek tangan dan lepas segera jika ditarik. Jika lampu amaran brek masih menyala ketika memandu, anda boleh anggap sedang memandu tanpa brek. Segera aktifkan lampu kecemasan (hazard lights) dan berhenti di bahu jalan yang selamat. Kemudian rujuk manual pemilik untuk arahan khusus.

Sebaik saja anda selamat berhenti, periksa paras minyak brek. Ikut saja arahan dalam buku manual. Jangan terus memandu jika minyak brek pada paras rendah. Nampak seperti tidak begitu kritikal, tetapi masalah mungkin menimpa  bahagian lain dalam sistem pembrekan seperti sensor Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)  atau masalah pendawaian lampu brek.

Jika tiada pilihan lain dan perlu bergerak, sila pandu dengan berhati-hati dalam kelajuan perlahan. Segera cari bengkel dan bukan terus memandu seperti biasa. Selepas meneliti buku manual dan masih ragu-ragu punca indikator minyak brek menyala, tunda kenderaan ke bengkel untuk diperiksa. Ini jauh lebih menjimatkan jika mahu berdepan risiko kereta terlibat kemalangan.

Sumber dari: Pandulaju.com.my

 

Sekiranya tuan/puan berminat dengan filem cermin gelap Sunz Tint, boleh whatsapp atau call jerrr ???? http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD).

No comment

Leave a Reply