POWER WINDOW ROSAK

Berdasarkan pemerhatian Sunz Tint, boleh dikatakan semua orang yang bekerjaya ketika ini sudah memiliki kereta sendiri. Ini umpama satu keperluan bagi mereka kerana memudahkan pergerakan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.

Apabila sudah memiliki kereta, Sunz Tint pasti anda akan berdepan dengan apa jua masalah dan kerosakan yang berkaitan dengan kereta anda. Tidak kira sama ada dibahagian luar atau dalam kereta.

Jadi Sunz Tint ingin beritahu kepada anda antara bahagian dalaman kereta yang jarang rosak tetapi akan rosak adalah cermin tingkap di pintu kereta. Apabila kerosakan berlaku selalunya berpunca disebabkan oleh komponen dalaman yang sudah haus atau uzur seiring dengan usia kereta anda.

Sunz Tint pasti kebiasaannya masalah yang berlaku adalah tingkap tidak dapat turun atau naik dengan baik apabila diperlukan. Selain itu, apabila rosak tingkap akan lari dari landasan dan ada juga yang tingkap akan tersekat di tengah bingkai pintu. Ini kerana fungsinya tidak lancar seperti selalu.

Oleh itu, untuk mengetahui masalah yang sedang dihadapi cermin tingkap pintu kereta anda, Sunz Tint ingin tunjukkan beberapa perkakas yang perlu anda periksa.

MASALAH FIUS

Pemeriksaan paling asas ialah fius. Jadi cuba anda periksa bahagian fius. Anda boleh sahaja menggantikan fius yang lama dengan yang baharu tetapi jika cermin tingkap kereta anda masih bermasalah, anda boleh cuba untuk periksa dibahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas. Fungsi utama fius adalah memutuskan arus elektrik untuk meminimumkan kesan litar pintars (terbakar). Fius rosak boleh menyebabkan seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.

VOLTAN ELEKTRIK & SUIS TINGKAP

Anda sudah menggantikan fius yang baharu bukan? Namun cermin tingkap kereta masih tidak boleh berfungsi seperti sedia kala, jadi cuba anda periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa pula. Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok maka ada kemungkinan suis tersebut perlu diganti baru. Ini  kemungkinan disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kuasa terbakar.

MOTOR ATAU REGULATOR

motor-tingkap-kuasa-power-window motor dan regulator cermin

Okay..tadi anda sudah memeriksa arus elektrik dan suis kan? tetapi masih lagi mempunyai masalah yang sama, jadi besar kemungkinan berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Ada kemungkinan komponan tersebut lemah atau mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Motor yang sudah lemah mesti digantikan dengan yang baharu. Regulator berfungsi untuk mengerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa.

Jadi jika regulator bermasalah, cermin tidak dapat diturunkan atau dinaikkan dan pada masa yang sama,  gigi regulator yang haus juga membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.

Akhir sekali, jika anda sudah tukar segalanya tetapi masih tidak berfungsi, cubalah anda bawa ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik yang lebih pakar.

Terima Kasih

Berminat dengan pemasangan film cermin gelap ?  boleh hubungi atau whatsapp sahaja ke  http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD)

 

No comment

Leave a Reply