JENIS & FUNGSI LAMPU KERETA

Seiring perkembangan zaman, di pasaran ada banyak jenis lampu untuk kereta dan fungsinya juga pelbagai. Jadi apakah jenis dan fungsi lampu kereta sebenarnya?. Perkembangan teknologi semakin cepat. Jika dahulu anda memiliki kereta hanya keperluan pengangkutan tetapi kini fungsi kereta sudah berubah.

Ada yang membeli kereta menjadikan sebahagian daripada koleksi dan perkara ini melibatkan cara penyelenggaraan dan penggunaan kereta tersebut. Manakala mereka yang membeli untuk kegunaan pergerakan maka kelengkapan  komponen kereta tentunya sebatas pada keperluan sebagai alat pengangkutan.

Tetapi lain halnya bila fungsi kereta adalah sebagai koleksi, maka komponen yang ditambahkan lebih pada nilai artistik atau keindahan selain fungsi utama. Demikian juga terdapat pada komponen lampu kereta. Lampu merupakan bahagian komponen yang penting.

Selain memberi pencahayaan,  aksesori untuk mencantikkan kereta  juga mempunyai berbagai fungsi, baik bagi pemandu atau orang lain. Ini varian lampu kereta yang biasa dipakai atau dipasang. Jenis lampu kereta ini dibezakan berdasarkan bahan dan juga tingkat intensiti cahayanya.

1. HALOGEN
Jenis lampu halogen ini merupakan model lampu paling banyak digunakan. Biasanya lampu halogen ini dipasang pada lampu utama. Kekuatan yang dihasilkan lampu halogen ini antara 35-55 watt. Lampu halogen memiliki cara kerja dengan mengoperasikan filamen pada suhu tinggi. Kerana  lampu halogen ini menggunakan filamen seperti lampu pijar pada umumnya, dalam pengoperasian filamen ini dapat menghasilkan cahaya atau pijar yang lebih terang.

2. HID (High Intensity Discharge)

Berbeza dengan lampu halogen, lampu HID dibuat tanpa menggunakan filamen. Cahaya yang dihasilkan dari pengapian gas Xenon yang berada dalam tabung. Meskipun tanpa filamen, cahaya yang dihasilkan lebih terang dibandingkan dengan lampu halogen serta lebih tahan lama meskipun tanpa daya yang tinggi. Tetapi sayangnya, penggantian lampu jenis ini memerlukan arus elektrik yang berbeza, sehingga prosesnya agak rumit kerana harus menggunakan ballast untuk seimbangkannya.

3. LED (High Emitting Diodes)
Lampu LED sudah lama dikenal sebagai lampu penerang dalam ruangan. Pada kenderaan bermotor, lampu jenis ini biasa digunakan untuk brek dan juga pada plat motor. Tetapi sekarang ini, lampu LED juga sering digunakan sebagai lampu utama.

Lampu LED kereta memiliki beberapa kelebihan antaranya dengan tenaga yang lebih kecil, intensiti cahaya yang dihasilkan jauh lebih terang dan kuat berbanding lampu HID. Lampu ini juga mempunyai ketahanan yang lebih baik dan lama. Alasan lampu ini banyak digunakan kerana pemasangannya mudah dan tidak memerlukan ballast.

Namun demikian, untuk pemasangannya memerlukan penambahan relay dan kit penukaran yang biasanya sudah merupakan satu paket dalam pembelian lampu LED. Lampu LED sendiri ada pelbagai jenis antaranya:

  • LED Limited, biasa digunakan sebagai lampu utama kerana memiliki daya yang tinggi.
  • LED Cree, merupakan lampu tambahan yang biasa digunakan pada brek dan juga lampu membelok.
  • LED COB (chip and board), lampu ini merupakan susunan deretan chips dalam satu papan dan biasa digunakan sebagai lampu platform kabin.

JENIS LAMPU MENGIKUT FUNGSI

Selain dibezakan berdasarkan material lampu kereta juga dibezakan mengikut fungsi. Ini pembahagian lampu mengikut peranan:

1. Lampu Senja (Lampu Kota)Merupakan lampu yang harus dinyalakan ketika kenderaan berjalan, meskipun cuaca terang dan disiang hari. Lampu ini berada pada lampu kepala dan akan langsung menyala apabila penghidup ditekan. Agar lebih jimat, lampu kota sering menggunakan lampu jenis LED.

2. Lampu Belakang (Lampu Henti)Lampu belakang berwarna merah yang merupakan isyarat pada kenderaan belakang, bahawa kereta akan berhenti. Lampu ini terletak di bahagian belakang kereta dan berada satu suis dengan lampu senja. Lampu yang digunakan biasanya adalah jenis lampu LED kerana terkesan mewah dan futuristik.

3. Lampu Suluh Rendah (Low Beam)

Fungsi utama dari lampu dekat untuk menerangi jalan depan kereta dalam jarak pendek sekitar 5 meter. Low beam biasa digunakan pada malam hari di jalan yang ramai serta terang atau cukup pencahayaannya.

4. Lampu Suluh Tinggi (High Beam)

Sebaliknya dari lampu dekat, lampu jauh digunakan saat perjalanan malam hari dengan situasi jalan sepi serta gelap. Jarak jangkauan dari lampu ini sekitar 10 meter. Jenis high beam yang digunakan biasanya dari halogen dan berada satu suis dengan lampu dekat

5. Lampu Kabus

Seperti namanya, lampu ini digunakan pada saat perjalanan dalam suasana kabus tebal. Terletak di bagian bawah bampar dengan warna lampu kuning terang. Jangan tersilap guna pula lampu kabus belakang di siang hari dan terang.

6. Lampu Brek

Lampu brek mempunyai ciri khas iaitu biasanya berwarna merah. Lampu ini terletak di belakang yang bertujuan memberi tanda pada pemandu lain kereta anda akan berhenti. Lampu ini akan menyala terang saat pedal brek dipijak. Jadi sentiasa perhatikan kesemua lampu brek anda menyala begitu juga lampu brek ketiga.

7. Lampu Signal

Lampu signal merupakan lampu isyarat pada kenderaan lain bahawa kereta akan membelok ke kanan atau kiri. Lampu ini diharuskan berwarna kuning sebagai tanda kenderaan di belakang untuk pelan-pelan dan hati-hati. Tetapi sayangnya ramai yang masih tidak tahu fungsi lampu ini dan membelok hanya dengan niat.

8. Lampu Hazard/Kecemasan

Lampu ini hanya dinyalakan apabila kereta berada dalam kecemasan dengan cara menyalakan lampu isyarat kiri dan kanan serentak. Tekan sahaja punat tanda tiga segi untuk menghidupkan lampu ini. Namun, ingat jangan pula gunakan lampu ini ketika hujan lebat.

9. Lampu Undur

Bentuk dari lampu undur adalah berwarna kuning keputihan yang akan menyala apabila gear ditukar kepada R.  Posisi lampu ini berada di bahagian belakang kereta sehingga kenderaan yang ada di belakang tahu akan situasi kenderaan di depan.

10. Lampu Kabin

Satu-satunya lampu yang berada di dalam dalam kereta yang digunakan untuk penerangan malam hari. Lampu kabin biasanya berwarna kuning redup agar tidak mengganggu pandangan kenderaan yang ada di belakangnya.

Ternyata ada banyak sekali jenis lampu untuk kereta, baik dilihat dari bahannya, mahupun dari kegunaannya. Bagi pecinta automotif, bebas untuk memilih jenis lampu untuk mencantikkan kereta asalkan tetap sesuai dengan peraturan yang ditetapkan.

Terima Kasih

Sunz Tint ada membuat pemasangan film cermin gelap..untuk mengetahui harga kami boleh ke https://sunztint.com/catalog/ dan boleh juga hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut

 

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

ten + nine =