Jangan Pening ! Fahami Istilah Berkaitan PKP

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur bermula 14 hingga 27 Oktober 2020.

Sunz Tint pasti mesti ada yang sudah lupa mengenai syarat PKPB, dan ramai juga yang keliru dengan penguatkuasaan lain seperti PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dan PKPDB (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar).

Jom kita huraikan satu-persatu.

PKPD: Kawalan pergerakan penuh. Tiada pergerakan dibenarkan dan dilaksanakan jika kes menular tinggi secara berselerak dan sukar dikawal.

PKPDB: Kawalan pergerakan penuh di kawasan setempat terpilih yang terbabit kes Covid-19 seperti di kampung, asrama, dan perumahan dalam radius tertentu. Sama seperti PKPD, cuma kawasan penguatkuasaan lebih kecil.

PKPB: Kawalan pergerakan yang lebih longgar daripada PKPD dan PKP dengan mengehadkan perhimpunan di majlis, acara atau aktiviti sosial, manakala sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan. Masa operasi perniagaan juga dihadkan dan ada campur tangan pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya, dan pemantauan premis ke premis.

PKPP:  Tiada lagi kawalan ketat pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya. Orang ramai disarankan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka di kawasan tumpuan ramai dan kerap mencuci tangan.

APA TAK BOLEH BUAT SEPANJANG PKPB?

Jadi untuk PKPB pada 14 hingga 27 Oktober ini, kita masih boleh bekerja seperti biasa dengan mengikuti SOP penjarakan sosial dan sentiasa cakna dengan perkembangan baharu diumumkan Kerajaan. Berikut enam perkara yang tidak boleh dilakukan sepanjang PKPB.

  • Hanya dua orang daripada sebuah rumah dibenarkan keluar unuk beli barangan keperluan
  • Masjid dan surau, serta rumah ibadat bukan Islam ditutup.
  • Tiada aktiviti kelab malam dan pusat hiburan.
  • Tiada aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, termasuk majlis kenduri perkahwinan dan pertunangan,
  • Semua sekolah, institut pengajian tinggi (IPT), pusat tahfiz, institut kemahiran, tadika, taska, taman awam dan rekreasi ditutup.
  • Tiada pergerakan keluar-masuk rentas daerah. Perlu ada pas kerja atau surat kebenaran kerja daripada majikan.

Dikesempatan ini, Sunz Tint juga ingin memesan kepada anda supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan sabun, pakai hand sanitizer, jauhi kawasan tumpuan ramai.

Sunz Tint ada membuat pemasangan film cermin gelap. Bagi yang berminat anda boleh membuat tempahan online https://booking.sunztint.com/app/booking.php dan untuk mengetahui harga kami boleh ke https://sunztint.com/catalog/ serta boleh juga hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four + 15 =