Indikator pemanduan Eco atau mod Eco dipercayai dimulakan Toyota pada Oktober 2006 apabila semua model kenderaan transmisi automatik jenama itu mula dibekalkan dengan ciri berkenaan.
Tujuan Toyota membangunkan mod Eco sudah tentu untuk menggalakkan pemanduan yang mesra alam sekitar dengan sasaran mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida (CO2) disebabkan peningkatan penggunaan bahan api. Ya, itulah falsafah abad baru Toyota dan mereka nyata bersungguh-sungguh ke arah merealisasikannya.
Banyak faktor diambil kira untuk menjustifikasikan sesebuah kenderaan itu dipandu dalam mod Eco, antaranya penggunaan pendikit, keberkesanan enjin dan transmisi, termasuk laju dan kadar pecutan. Apabila semua perkara itu berada dalam draf standard ditetapkan, indikator akan menyala yang menandakan kenderaan itu beroperasi dalam keadaan bahan api efisien.
Objektifnya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan adalah meningkatkan kesedaran pengguna supaya memikirkan pemanduan yang menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar sekeliling pemandu dan menjimatkan sumber bahan api.
Walaupun keputusan mungkin berbeza bergantung kepada tahap trafik dan kondisi lain seperti kekerapan yang bermula daripada proses henti dan pecut, serta jarak pemanduan, tetapi indikator pacuan Eco mampu meningkatkan kecekapan bahan api pada kadar sekurang-kurangnya 4 peratus.
JENIS MOD ECO
Sudah tentu perubahan itu menjurus kepada penjimatan bahan api lebih baik. Hyundai adalah antara pengeluar yang memperkenalkan mod Eco aktif pada model keluarannya, dikenali sebagai Active Eco. Antara model-model tersebut ialah Accent, Elantra, Sonata, Tucson dan Santa Fe.
Satu lagi mod adalah jenis Eco pasif, berupa indikator di panel meter. Mod Eco jenis ini bergantung kepada cara dan karakter pemanduan si pemandu tanpa ada sebarang perubahan operasi enjin. Jika kereta dipandu dalam kondisi jimat menurut tetapan perkiraan komputer, maka indikator pacuan Eco akan menyala. Dalam erti kata lain, mod Eco pasif sekadar panduan kepada pengguna tentang bagaimana mereka harus memandu dengan berhemat untuk mendapatkan penjimatan bahan api terbaik.
POSISI ECO DALAM KERETA
Indikator pacuan Eco biasanya terletak dalam panel meter sama ada dalam bentuk perkataan ‘ECO‘ atau simbol ‘daun‘ atau ‘pokok‘, ataupun kedua-duanya sekali. Sementara itu, warna standard bagi indikator Eco ialah hijau. Punat mod Eco aktif pula biasanya terletak di panel bawah stereng atau panel utama papan pemuka atau stereng.
MOD ECO DALAM KERETA NASIONAL
Perodua menerusi model Axia ialah kereta tempatan pertama memperkenalkan indikator pemanduan Eco sebelum disusuli model Bezza. Proton turut tidak ketinggalan menampilkan model baharu keluarannya dengan ciri sama yang dimulai Persona, kemudian Saga. Paling baharu ialah Myvi (2018).
Indikator pemanduan Eco sudah menjadi antara fitur baharu kereta moden hari ini dan masa hadapan. Sudah tentu ia ciri terbaik kerana pengeluar akan mengambil kira aspek kecekapan bahan api dalam setiap pembangunan produk masing-masing. Bagi pengguna pula, ciri berkenaan semestinya banyak membantu gaya pemanduan mereka seharian.
Terima Kasih.
Sunz Tint ada membuat pemasangan film cermin gelap. Bagi yang berminat anda boleh membuat tempahan online https://booking.sunztint.com/app/booking.php dan untuk mengetahui harga kami boleh ke https://sunztint.com/catalog/ serta boleh juga hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.
No comment