Walaupun tidak semua pemandu peduli tentang tekanan tayar kereta yang sedang mereka pandu, tetapi kebocoran tayar ialah sesuatu yang mesti ditangani segera. Jika tayar kempis atau bocor sepenuhnya, ia berisiko bahaya ke atas keselamatan anda, termasuk pengguna jalan raya lain.
Asasnya, tekanan angin akan keluar daripada punca pancit atau bocor pada tayar. Ia mudah dikesan dan dibaiki bergantung kepada tahap kerosakan. Bagaimanapun, ada beberapa punca kebocoran tayar yang sangat kecil atau langsung tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Jadi dalam kes ini, tayar mengempis sangat perlahan dan boleh mengambil masa beberapa hari hingga menyebabkan anda hairan kenapa kereta selalu kekurangan angin.
Pendapat Sunz Tint mencari punca tayar bocor kecil memang cukup mencabar dan mengundang kegeraman. Bagaimanapun, mengetahui apa yang perlu dilakukan dapat membantu anda mengesan punca kebocoran tersebut dengan lebih mudah. Sekarang, Sunz Tint kongsikan beberapa langkah mudah mencari punca kebocoran tayar yang sukar dikesan.
1. DENGAR BUNYI DAN SENTUHAN
Jika fokus kepada deria pendengaran, anda mungkin mendengar bunyi desiran angin keluar daripada punca bocor itu. Bunyi tersebut akan kedengaran semakin kuat apabila semakin dekat dengan punca kebocoran. Sekarang cuba ingat bahagian tayar yang anda suspek mengalami kebocoran. Atau boleh tandakan bahagian itu dengan apa-apa penanda seperti pen marker.
Kemudian, pandu kereta selama beberapa minit supaya tayar jadi panas. Jika memang berlaku kebocoran, bahagian yang anda suspek tadi akan rasa lebih panas apabila disentuh berbanding bahagian tayar lain.
2. SIMBAH AIR SABUN
Seterusnya cuba pula guna air sabun. Tambah satu sudu sabun atau detergen dalam satu baldi, kemudian simbah campuran tersebut pada dinding sisi (sidewall) dan bunga tayar. Anda juga boleh simbahkan ke bahagian pinggir rim di sekeliling tayar. Jika ada kebocoran, bahagian permukaan tayar yang bocor akan menggelembung atau berbuih.
3. RENDAM SELURUH TAYAR DALAM AIR
Cara ini agak leceh sedikit. Keluarkan seluruh tayar daripada kenderaan dan masukkan ke dalam bekas air. Jika tayar bocor, anda dapat lihat buih kecil pada punca kebocoran berkenaan. Pastikan setiap bahagian tayar diperiksa kira-kira 5 minit, dan jika tiada sebarang buih dikesan, barulah beralih ke bahagian lain.
Jika kebocoran dikesan, pasang semula tayar pergilah ke kedai tayar untuk dibaiki. Hmm…
Namun, seandainya mahu fikiran lebih tenang, beli saja tayar baharu. Apapun, anda disarankan menggantikan tayar secara berpasangan, iaitu dua di depan atau dua di belakang supaya tidak menjejaskan prestasi tayar. Bukan hanya menukar tayar yang bocor sahaja.
4. PERGI KEDAI TAYAR
Ini paling mudah. Cuma pandu kereta anda ke kedai tayar berdekatan dan beritahu mekanik di situ tentang bahagian tayar mana yang kerap mengalami masalah kempis. Sebenarnya, mekanik tayar pun akan melakukan semua langkah sama yang disebut di atas. Bla tayar bocor dikesan, boleh je terus tampal tayar kenderaan anda on the spot di bengkel itu.
Terima Kasih
Sunz Tint ada membuat pemasangan film cermin gelap..untuk mengetahui harga kami boleh ke https://sunztint.com/catalog/ dan boleh juga hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.
No comment