FUNGSI MIRROR FLIP

Tahukah anda tuil atau suis cermin pandang belakang ialah ciri kereta yang paling jarang digunakan ramai pemandu? Apa yang anda tahu tentang suis atau fungsi cermin padang belakang yang ada dalam kenderaan anda?

Pasti anda tahu kan, tak mengapa Sunz Tint nak juga kongsikan yang mirror flip ni sangat penting tau. Kalau waktu siang, mesti anda selalu laraskan ikut kedudukan mata untuk lihat di belakang ada kenderaan atau tidak.

Tetapi pada waktu malam? Haa.. yang ini Sunz Tint rasa ramai yang tak tahu tentang fungsinya yang sangat bermanfaat untuk pemandu.

Lagi pun, adakah anda pernah perasan ada satu suis kecil di tengah-tengah cermin padang belakang ini bahagian belakang?

Sebenarnya, suis berkenaan berfungsi untuk kurangkan silau cahaya kenderaan arah belakang. Tidak kira sama ada pencahayaan yang datang itu suluh rendah (low-beam), suluh tinggi (high-beam), lampu kabus dan limpah atau kenderaan besar yang kedudukan lampu utamanya agak tinggi hingga mengganggu penglihatan anda

Bagaimana cara menggunakannya?

Okayy, Sunz Tint beritahu ya..

Pada waktu normal, suis cermin pandang belakang itu mesti berada pada posisi ditolak ke belakang sebelum diselaraskan dengan penglihatan anda.

Jika memandu pada waktu malam pula, anda perlu menarik suis berkenaan ke hadapan agar permukaan cermin dapat dihalakan sedikit ke siling bumbung kereta.

Jadi selepas ini, Sunz Tint rasa anda tidak adalah nak silau-silau sewaktu memandu akibat terkesan dengan cahaya dari kereta belakang. Sila cuba dulu sebelum anda memandu, pasti anda akan tahu tujuan flip tersebut dipasang pada cermin dalam tu.

Terima Kasih

Sunz Tint ada membuat pemasangan film cermin gelap..untuk mengetahui harga kami boleh ke https://sunztint.com/catalog/ dan boleh juga hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2 × 1 =