Tips jimat sewaktu servis kereta !!

Tips Jimat Sewaktu Servis Kereta


Pihak Sunz Tint faham apabila anda menghantar kereta ke pusat servis, tujuan utama ialah untuk memastikan kenderaan diservis dengan baik secara berjadual serta jaminan pengilang terpelihara. Namun kadangkala sakit hati apabila beberapa non-critical  item ditambah terutamanya kepada golongan yang tidak mengetahui.

Ini antara tips untuk berjimat semasa servis kereta anda:

  1. Sentiasa servis tepat pada masanya
  • Sama ada ikut kilometer, bulan atau mana-mana yang terdahulu. Sekiranya servis berkala pada setiap 10,000km maka jangan lambatkan servis. Jika servis melebihi masa yang ditetapkan, lama kelamaan kemungkinan akan wujud secondary defect yang akan berlaku seperti kehausan enjin dan carbon build up.

       2. Ketahui bila masanya rawatan engine flush diperlukan

  • Apabila servis di awal waktu atau mengikut jadual yang ditetapkan, maka anda sebenarnya tidak memerlukan engine flush treatment. Biasanya produk ini ditawarkan kepada pelanggan yang selalu servis melebihi kilometer yang ditetapkan
  • Produk ini digunakan untuk membuang deposit karbon yang terbentuk apabila penukaran minyak enjin yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Saya akan tolak engine flush treatment sekiranya kereta saya mengikut jadual yang ditetapkan

 

3   Tukar battery terminal protector sekiranya perlu

  • Battery terminal protector biasanya perlu ditukar setiap kali penukaran bateri baru dibuat dan bukannya pada setiap kali servis. Walaupun kos dalam rm 4, kalau sepuluh kali servis boleh jadi rm 40. Kalau bateri baru, saya akan cadangkan untuk pasang.

4.   Cuci air filter sendiri untuk lebih jimat

  • Cabin air filter boleh dicuci sendiri sekiranya rajin. Anggaran kos yang dapat dijimatkan antara rm 31- rm90 bergantung pada jenama kereta. Tapi kalau dah hitam seperti penapis asap diesel,pihak Sunz Tint sarankan untuk tukar.

5.  Elakkan mendapatkan pencuci cermin kereta

  •  Pencuci cermin kereta antara barang aksesori yang pihak Sunz Tint akan tolak sekiranya ditawarkan di pusat servis. Kami lebih selesa untuk bersih sendiri di rumah. Biasanya kami gunakan gel pencuci pinggan jenama Joy. Penggunaan bahan berkos rendah ini sekaligus dapat menjimatkan jumlah kos anda menghantar servis kenderaan.

6. Gunakan injector cleaner sekiranya perlu

  •  Injector cleaner saya akan letak sekiranya saya rasa prestasi enjin seperti kadar pecutan kurang memuaskan, enjin terasa kasar, penggunaan petrol yang tinggi dan kurang power.
  •  Fungsi pencuci ini ialah untuk cuci injector, combustion chamber, valve dan spark plug. Kalau masih dalam keadaan baik, saya tidak akan buat. Kos jimat dalam RM30-50 bergantung pada jenama kenderaan.

7. Elakkan membeli tayar di pusat servis

  •   Tayar yang dijual di pusat servis bagi saya adalah mahal 30-40% berbabding di luar. Kalau dah nak sampai hujung masa penggunaan sesebuah tayar, barulah tayar tersebut dijual dengan lebih rendah. Biasanya saya akan beli tayar terus di kedai tayar.

8. Kumpul baki lebihan minyak enjin

  •   Meh sini Sunz nak bagitahu, katakan minyak enjin satu botol 4 liter. Selalunya sebuah kenderaan hanya menggunakan 3.5 liter. Baki 0.5 liter boleh disimpan dan digunakan apabila baki sudah mencukupi. Apabila baki sudah mencukupi, saya akan gunakan kembali baki minyak enjin untuk servis seterusnya.

9. Elakkan menggunakan spark plug premium

  • Sekiranya enjin anda berfungsi dengan baik menggunakan spark plugbiasa dan ditukar setiap 20-30k kilometer, Sunz Tint  berpendapat tidak perlu menukar ke spark plug premium melainkan anda bercadang untuk masuk ke litar perlumbaan.
  • Spark plugpremium ini bagi sunz tint mahal, dan kelebihan yang ditawarkan adalah sangat minima. Feel good effect Kalau spark plug ini sangat bagus, kenapa tidak dipasang awal awal lagi sewaktu dalam kilang?

10. Elakkan menggunakan perangkap magnet

  • Perangkap magnet untuk penapis minyak enjin adalah magnet yang dipasang pada penapis minyak enjin bertujuan untuk memerangkap habuk besi.
  • Bile servis dah OK, kereta dah selesa tapi satu perkara lagi terasa tak ngam . Terasa kereta bahang sangat terutamanya  musim strok haba ini. Kami di Sunz Tint memang ada penyelesaiannya. Kita ada promosi kaw kaw dengan pelbagai jenis tinted mengikut kehendak atau keperluan tuan/puan. Apa yang kaw kaw? Yaehhh kami akan buka cawangan baru di Pandan, dan kami akan lakukan diskaun 20%. Serius murah dengan standard kualiti tinted. Jika tidak percaya klik di link http://m.me/SUNzKL untuk apa- apa pertanyaan atau boleh layari website www. sunztint.com. Terima kasih, pihak Sunz Tint doakan kepada pembaca artikel ini dimurahkan rezeki dan terlindung daripada segala bencana.

 

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *