Sunz Tint nak share sikit tentang apa itu di antara perbezaanya. Film tinted yang dipasang pada mana-mana cermin sama ada cermin tingkap rumah atau kereta bertujuan untuk mengurangkan bahang cuaca panas, suasana privasi dan untuk tujuan kecantikan.

Menurut akta JPJ kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenaik Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Kami pihak Sunz Tint nak bagitahu, terdapat 3 perkara atau keyword yang kita kene fahami iaitu VLT (Visible Light Transmission), UVR (Ultra-Violet Rejection) dan IRR (Infra-Red Rejection).

 

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan VLT, UVR dan IRR ini?

  1. VLT bermaksud “Visible Ligt Transmission” atau jumlah cahaya yang boleh kita nampak dari luar. Ini digunakan oleh JPJ unutk melihat tinted ini lulus atau pun tidak. Semakin tinggi VLT semakin jelas nampak dari luar. Semakin kurang VLT makin gelap cermin kenderaan anda. Contohnya kadar 70% VLT (cermin mengikut spesifikasi JPJ) adalah lebih jelas berbandind dengan kadar 50% VLT (cermin sisi belakang).

 

  1. IRR bermaksud “Infra Red Rejection”. Ringkasnya IRR ini digunakan untuk menentukan jumlah haba yang masuk ke dalam kenderaan. Semakin tinggi IRR semakin kurang haba iaitu semakin rendah kadar haba yang ada dalam kenderaan anda. Jika anda perhatikan, semakin tinggi IRR semakin tinggi harga tintednya. Ini kerana, lebih tinggi IRR, kereta anda akan menjadi lebih sejuk.

 

  1. UVR – bermaksud “Ultra Violet Rejection”

 

  1. IR: INFRARED (INFRAMERAH)

– Radiasi inframerah adalah sinaran electromagnet dengan panjang gelombang yang lebih panjang daripada cahaya uamh kelihatan, dan oleh itu umumnya tidak kelihatan pada mata manusia. Ia kadang- kadang dipanggil cahaya inframerah. Kita tidak dapat melihatnya  dengan mata kita tetapi  kita tidak boleh merosakkannya. Untuk pemahaman yang lebih mudah, IRR= haba.

  1. UV: ULTRAVIOLET

Ultraviolet adalah sinaran electromagnet dengan panjang gelombang dari 10mm hingga 40mm. Radiasi UV hadir di sinar matahri dan inilah yang menyebabkan kerosakkan pada mata, kulit dan perabot kita.

Sunz Tint faham keselesaan ketika berada di luar rumah adalah satu faktor yang sangat penting terutamanya dari segi aspek kesihatan. Keselesaan yang paling utama ialah dengan memandu kereta yang selesa. Tinted kereta adalah satu peranan paling penting dalam menjamin keselesaan.

Boleh la kite pasang tinted kasi selesa satu para penumpang. Macam- macam jenis ada di Sunz Tint. Nak spec JPJ, gelap, tinted cabut pasang balik pun adow.  Layari website www. sunztint.com atau boleh klik link ini  http://m.me/SUNzKL  untuk sebarang pertanyaan.  Kami daripada pihak Sunz Tint berharap agar sedikit sebanyak tips dan ilmu dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga kepada yang membaca artikel ini dipermudahkan segala urusan dan sntiasa bernaung dalam rahmatNya.

 

 

 

 

No comment

Leave a Reply