Filem penapis haba: lagi gelap lagi sejuk kereta?

  • Filem yang lebih gelap tidak bermaksud kabin yang lebih sejuk
  • Kualiti penolakan haba bergantung pada indeks TSER dan IRR
  • Filem gelap boleh mengganggu penglihatan pada waktu malam

Pada Mei 2019, bekas Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke mengumumkan bahawa bahawa filem penapis haba gelap untuk tingkap belakang kini sah untuk kenderaan persendirian.

Ini adalah langkah yang disambut baik oleh orang ramai kerana mereka mendakwa ia memberikan perlindungan cuaca panas dan keselamatan yang lebih baik.

Peraturan terbaru membenarkan Transmisi Cahaya Terlihat 70% (VLT) bagi cermin depan, 50% VLT bagi tingkap depan, dan apa saja peratusan VLT bagi tingkap dan cermin belakang. Bagi mana yang kurang arif, semakin rendah VLT, semakin gelap filem.

Kami bersetuju bahawa filem yang lebih gelap bermaksud orang luar akan lebih sukar untuk mengintip ke dalam kereta serta memberikan ketenangan fikiran kepada penumpang dan barangan anda.

Walau bagaimanapun, warna yang gelap dapat mengurangkan penglihatan pada waktu malam. Ini mungkin akan menimbulkan sedikit kesulitan bagi mereka dengan masalah penglihatan. Malah, filem yang lebih gelap tidak bererti kabin kereta anda akan menjadi lebih sejuk.

Tahap keberkesanan penolakan haba bergantung sepenuhnya pada kualiti filem yang digunakan, iaitu Indeks Penolakan Tenaga Suria (TSER) dan Penolakan Inframerah (IRR). Semakin tinggi indeks TSER dan IRR, lebih berkesan fungsinya untuk memastikan kabin anda kekal sejuk.

Berhati-hatilah dengan kedai filem penapis haba yang cuba menyakinkan anda untuk membeli filem dengan VLT yang lebih rendah. Ini kerana filem yang gelap tidak semestinya bermaksud penolakan haba yang lebih baik.

Filem berkualiti rendah dengan indeks TSER dan IRR yang rendah boleh menjadikan kereta anda lebih panas kerana warna hitam menyerap haba dan tidak dapat menepis haba dengan cekap seperti filem berkualiti tinggi.

Sebaliknya, filem dengan VLT tinggi (filem yang lebih jelas) juga dapat mencapai kesan penyejukan kabin yang sama tetapi dengan syarat ia mempunyai indeks TSER dan IRR yang tinggi.

 

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 × one =