7 Model Kereta Sedan Terpakai Terbaik di Malaysia

1. Honda City

Model Honda City 2017 merupakan kereta sedan segmen C yang dikuasakan oleh enjin 1.5L i‑VTEC 4 silinder. Ia mampu menghasilkan 118 kuasa kuda pada 6,600 RPM dan 145 Nm tork maksimum pada 4,600 RPM dan menawarkan penjimatan bahan api dengan anggaran 5.7 liter bagi setiap 100 km. Model Honda ini hadir dengan lima pilihan warna – Lunar Silver Metalic, Modern Steel Metalic, White Orchid Pearl, Crystal Black Pearl, Dark Ruby Red Pearl. Honda City 2017 turut diberi nafas baharu yang lebih segar terutama di bahagian kabinnya. Semua varian kini dilengkapi dengan sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin.

Selain itu, kesemua varian Honda City dilengkapi dengan Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control, VSC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (Hill-start Assist Control, HAC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal, ESS). Malah, model ini juga turut menerima penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.

2. Nissan Almera

Nissan Almera merupakan model keluaran Nissan yang paling popular dalam pasaran Malaysia. Model ini bukan sahaja tampil dengan reka bentuk dan prestasi yang lebih baik, malah turut menawarkan harga yang sangat berpatutan. Model Nissan Almera 2015 tampil lebih sporty dan menawan dengan facelift baharu. Ia dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC 4 silinder selain turut dilengkapi dengan beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA). Model Nissan Almera E 1.5L terpakai dengan transmisi automatik atau manual ini biasanya dijual pada harga bermula RM38,300.

3. Honda Civic

Honda Civid 2016 merupakan kereta sedan segmen C yang dikuasakan oleh enjin 1.5L cas turbo DOHC VTEC 4 silinder yang berupaya menghasilkan 170 kuasa kuda pada 5,500 RPM dan tork maksimum 220 Nm pada 5,500 RPM. Selain itu, Honda Civid 2016 juga tersedia dalam enjin 1.8L i-VTEC dengan 139 kuasa kuda pada 6,500 RPM dan tork maksimum 174 Nm pada 4,300 RPM. Model ini hadir dengan reka bentuk luaran yang lebih stylish dan ruang dalaman yang lebih trendy. Malah, ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan untuk keselamatan pemandu dan penumpang. Ruang kabin yang lebih luas dan ruang bagasi yang lebih besar semestinya memberikan lebih keselesaan sepanjang pemanduan.

4. Toyota Vios

Model Toyota Vios (2018) baharu hadir dengan enjin 1.5 liter empat silinder Dual VVT-i dipadankan dengan kotak gear CVT (Continuously Variable Transmission, CVT) tujuh kelajuan dengan mod Sport Sequential Shiftmatic. Ia sekali gus menjadikan pemanduan dan pecutan lebih lancar, cekap bahan bakar dan mampu menghasilkan kuasa 107 kuasa kuda dan tork maksimum 140 Nm. Gabungan enjin baharu dan kotak gear CVT ini menawarkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus berbanding model sebelumnya. Model ini dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dan beberapa spesifikasi keselamatan lain. Ia tampil dengan lima pilihan warna – Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic, Attitude Black, Silver Metallic, Super White II. Harga bagi Toyota Vios G (2018) terpakai dijual pada harga RM61,800.

5. Mazda 2

Model Mazda 2 (2015) tampil dengan 2 pilihan iaitu hatchback dan sedan. Kedua-dua model ini hadir dengan lima tempat duduk dengan kapasiti bahan bakar sebanyak 44 liter. Model ini tampil dengan lapan pilihan warna iaitu Soul Red, Aluminium Metallic, Black Mica, Deep Crystal Blue, Dynamic Blue Mica, Metropolitan Grey Mica, Smokey Rose Mica dan Snowflake White Pearl. Mazda 2 sedan merupakan pilihan yang tepat terutamanya untuk anda yang sedang mencari kenderaan dengan ruang yang lebih luas. Model sedan menawarkan 410 liter lebih ruang berbanding 220 liter untuk model hatchback.

Mazda 2 dikuasakan oleh enjin 1.5L Skyactiv-G DOHC dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan menawarkan kecekapan bahan api yang optimum. Berdasarkan rekod, hanya 5.3 liter petrol diperlukan untuk perjalanan sejauh 100 kilometer. Bagi aspek keselamatan pula, Mazda 2 dianugerahkan 4 bintang daripada EURO NCAP, dilengkapi beg udara, Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA), Sistem Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) dan banyak lagi.

6. Proton Persona

No comment

Leave a Reply