Tips Penjagaan Kereta Auto Yang Perlu Anda Tahu

 

Memandu kereta auto sememangnya mudah bagi semua orang. Tetapi dari segi penjagaan gearbox jenis auto pula bukanlah perkara yang mudah kerana sistem yang digunakan agak rumit dan memerlukan penjagaan yang lebih teliti. Cara menjaga gearbox auto dan manual adalah dua perkara yang sangat berbeza. Sebab itu topik kali ini kami kongsikan pada anda tips penjagaan kereta auto yang wajib anda tahu.

 

Sebagai pemilik kereta auto tentu anda tahu sekiranya gearbox dah mula menunjukkan simptom-simptom yang tidak sihat, pasti anda terbayangkan wang beribu ringgit akan terbang untuk tampung kos membaik pulih. Memang betul! Kos untuk membaiki gearbox jauh lebih mahal dari kos untuk membaiki enjin.

Penjagaan gearbox dan pencegahan awal dari kerosakan adalah langkah terbaik untuk memastikan gearbox auto kereta anda sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Jadi, kami akan kongsikan tips asas tentang penjagaan gerbox auto yang perlu anda tahu:

1. Sentiasa menepati jadual servis minyak ATF

 

Sepertimana yang anda tahu, minyak ATF perlu diganti setahun sekali bergantung pada cara pemanduan anda. Sekiranya anda seorang pemandu jarak jauh, kemungkinan waktu untuk servis minyak ATF lebih awal bergantung pada mileage yang telah ditetapkan oleh pengeluar minyak ATF yang anda gunakan.

Minyak ATF yang telah lama digunakan kebiasaannya mengandungi enapan-enapan minyak dan serpihan besi yang boleh menyebabkan keadaan minyak menjadi likat. Keadaan minyak yang semakin likat ini boleh menjejaskan prestasi gearbox anda dan menyebabkan suhu di dalam gearbox lebih tinggi dari biasa.

Keadaan minyak ATF yang kotor boleh mengundang kepada masalah penapis di dalam gearbox (atau dikenali sebagai auto filter) tersumbat. Jika penapis ini tersumbat dengan enapan dan serpihan besi, secara langsung pertukaran gear akan terjejas semasa pemanduan. Dalam masa yang sama perkara ini boleh merisikokan komponen dalaman gearbox tanpa anda sedari.

2. Pastikan penapis gearbox (auto filter) diganti semasa servis gearbox

 

Untuk pengetahuan anda, tidak semua jenis gearbox ada penapis yang perlu diganti semasa servis minyak ATF. Kebanyakan model yang terkini seperti Honda dan Toyota mempunyai penapis yang boleh diganti, ia perlu diganti untuk memastikan tekanan di dalam gearbox tidak mempunyai sebarang gangguan.

Model-model kereta terbaharu kebanyakannya mempunyai 2 jenis penapis di dalam gearbox. Satu penapis berada di bahagia dalaman gearbox yang mana ia tidak perlu diganti melainkan gearbox mengalami masalah kritikal dan perlu menjalani proses overhaul. Lagi satu penapis berada di bahagian oil sum gearbox, ia perlu diganti setiap kali anda servis minyak ATF.

Setiap penapis mempunyai tahap keupayaan untuk menapis enapan dengan efisyen. Sama seperti penapis lain, auto filter hanya mampu untuk menapis 66% enapan yang dibawa oleh minyak ATF. Jika kekotoran yang ditapis melebihi kapasiti ini, masalah aliran ATF tersumbat akan berlaku dan menyumbang kepada masalah gangguan tekanan hidraulik di dalam gearbox.

Pastikan auto filter diganti mengikut jadual ataupun setiap kali anda servis minyak ATF. Sekiranya anda tidak pasti sama ada gearbox kereta anda memiliki auto filter yang boleh diganti ataupun tidak, sila rujuk dengan mekanik di kawasan anda untuk kepastian.

3. Gearbox Treatment mampu menyelamatkan gearbox dari kerosakan

 

Jangan abaikan penjagaan komponen dalaman gearbox kereta anda. Perkara ini nampak remeh tetapi sekiranya gearbox anda mengalami kerosakan tanpa pencegahan awal, siap sedia untuk bawa keluar simpanan anda sekurang-kurangnya RM1,800 untuk menampung kos baikpulih.

Berapa sangat harga sebotol Gearbox Treatment yang perlu anda gunakan hanya sekali dalam setahun kalau nak dibandingkan kos beribu ringgit yang perlu anda keluarkan sekiranya gearbox mengalami masalah kritikal?

Sepertimana yang anda tahu, pencegahan dan rawatan awal adalah langkah terbaik untuk memanjangkan jangka hayat gearbox kereta anda tanpa perlu fikirkan risiko yang bakal dihadapi.

Gearbox treatment berfungsi untuk mengurangkan daya geseran yang tinggi dan mengawal suhu melampau dalam gearbox. Disamping komponen dalaman gearbox mendapat perlindungan penuh dari segala faktor “wears and tears”. Selain itu, gearbox treatment mempunyai keuapayaan untuk memlihara sifat keanjalan kesemua getah seal yang terdapat di dalam gearbox.

Dengan penggunaan gearbox treatment, masalah gangguan tekanan hidraulik dapat dibendung dengan mudah. Anda juga dapat merasakan pertukaran gear yang lancar dan lembut sepanjang penggunaan perawat ini.

Jika anda tidak tahu jenama Gearbox Treatment yang terbukti berkesan untuk merawat dan melindungi komponen dalaman gearbox, sangat dialu-alukan untuk anda mencuba perawat gearbox JV Auto Lube.

 

Tindakan awal untuk anda memanjangkan jangka hayat gearbox auto

 

Tidak perlu anda khuatir dengan keberkesanan Gearbox Treatment keluaran JV Auto Lube. Produk kami telah berada di pasaran sejak tahun 2014, sehingga hari ini kami telah mengumpul lebih 400 testimoni dari mereka yang telah berjaya merawat masalah enjin dan gearbox.

Kami juga menyediakan khidmat nasihat percuma tentang cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kenderaan anda.

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *