PENJAGAAN RADIATOR KERETA

RADIATOR ialah komponen yang berfungsi sebagai pemanas atau penyejuk kepada sistem operasi enjin, manakala air pula ialah agen penting dalam sistem kerja radiator.

Masalah yang selalu dihadapi radiator adalah air cepat kering. Antara punca utamanya pula sudah tentu masalah kebocoran kerana secara logik, air tidak akan keluar dan kering jika tiada sebarang kebocoran sama ada pada radiator itu sendiri, hos atau komponen lain.

Kenapa boleh jadi begitu? Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk mengelak air dalam radiator kering.

TIP ELAK AIR RADIATOR KERING

  1. Periksa penutup radiator. Penyebab pertama yang mungkin terjadi adalah penutup sudah haus atau rosak. Situasi ini mengakibatkan air melimpah atau mengalir keluar.
    2. Servis radiator.Cara paling sederhana dan mudah dibuat adalah mengalirkan air secara berkala. Lakukan dua bulan sekali supaya karat dalam radiator tidak berkumpul.
    3. Periksa kebersihan komponen sokongan. Ada kemungkinan tersumbat hingga membuatkan aliran air tidak lancar. Begitu juga komponen dalama. Segera bawa kereta ke bengkel untuk mengetahui punca kerosakan yang tidak boleh dilihat pandangan mata.
    4. Periksa putaran kipas kerana ini boleh jadi punca kepada banyak masalah yang ada kaitan dengan radiator. Ia boleh disebabkan karbon pada kipas yang menipis dan magnet dalaman sudah tidak pada posisi asal.
    5. Periksa hos. Ini bahagian penting untuk mengalirkan air dalam sistem radiator. Jika hos radiator kurang rapat, memang air akan keluar dan kering. Pastikan ditutup rapat dan dalam kondisi baik. Tukar jika hos sudah haus atau rosak.

TIP PASTIKAN RADIATOR KEKAL TIP-TOP!

Ada beberapa tip penyenggaraan radiator kereta yang boleh diamalkan anda untuk memantau dan mencegah berlaku situasi air radiator kering. Lakukan seperti berikut:

  • Lihat paras air. Jadikan ini rutin sampingan sebelum keluar memandu, lebih-lebih lagi jika mahu memandu jauh.
  • Servis radiator secara berkala. Bukan saja radiator perlu bersih, tetapi juga tangki simpanan pendingin (coolant)dan hos serta komponen saliran lain.
  • Jangan guna air paip. Air paip boleh menyebabkan karat, dan karat pula boleh membuatkan sistem aliran radiator tersumbat. Apabila tersumbat, tekanan air akan berlaku ke atas bahagian saliran air seperti hos dan penutup radiator, sekali gus menjadi punca kebocoran dan air kering.
  • Guna coolant dengan campuran betulseperti disarankan.
  • Ganti coolantsecara berkala supaya jumlah dan kualiti dalam keadaan baik.

APAKAH TERJADI JIKA RADIATOR KURANG AIR?

Antara simptom yang menunjukkan air radiator kereta anda kurang adalah enjin mengalami masalah panas lampau (overheat)Ini dikesan apabila simbol suhu (berwarna merah) pada panel meter menyala, atau jarum indikator bergerak ke posisi H (hot) atau melebihi 100ºC.

Masalah ini biasa berlaku ketika trafik sesak kerana dalam situasi itu radiator akan melakukan penyejukan supaya suhu operasi enjin kekal normal. Namun jika air kurang, risiko overheat atau kenaikan suhu enjin adalah tinggi.

Anda juga mungkin terdengar bunyi pelik bukan normal yang datang dari enjin. Cepat hentikan segera kereta anda, dan cepat cari bengkel terdekat.

Terima Kasih

Sunz Tint ada membuat pemasangan film cermin gelap. Bagi yang berminat anda boleh membuat tempahan online https://booking.sunztint.com/app/booking.php dan untuk mengetahui harga kami boleh ke https://sunztint.com/catalog/ serta boleh juga hubungi atau whatsapp jerr http://wasap.my/601161994301 (REMY AHMAD) untuk keterangan lanjut.

 

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 × 3 =