Jom kita belajar sikit tentang cara nak kenal masalah yang berpunca daripada kereta. Banyak sebenarnya masalah kereta ni lagi2 kalau yang secondhand punya. Kalini, kita fokuskan kat masalah2 yang sering berlaku pada kereta2 terpakai ye.. kalau kereta2 baru selalunya jarang ada masalah macam ni.
BATERI CEPAT KONG
a) Bateri

- Recheck balik dah berapa lama pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 2 tahun.
- Check air bateri, kadang2 air bateri dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
- Tengok samada bateri tu, pertamanya sesuai tak dengan kereta. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi. Kedua, plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
- Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So tindakan yang patut buat ialah kena tukar lain kat kedai yang beli bateri tersebut.
- Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta tak boleh nak cas.
b) Alternator

- Kalau masalah alternator, sebaiknya tukar baru ataupun recond. Kalau cari kat kedai potong pon boleh. Ada pengalaman sorang ni, tukar batery baru sebab bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. So, hantar lah bengkel, suspek alternator dan suis lampu. Time guna kereta waktu siang, bateri ada cas.. tapi bila guna pada waktu malam dengan membuka lampu, bateri tak boleh nak cas. So pomen kete kata problem alternator dan suis lampu.
c) Suis
- Ha ni simple dan ringkas. Pastikan setiap suis lampu kereta di padam. Kadang2 jenis yang lampu dah terbakar, kita tak dapat detect kan? so bila xsedar suis lampu tak tutup, secara sukarelanya kereta akan makan bateri dengan cepat dan kong.
d) Aksesori
- Penggunaan aksesori yang banyak seperti power amp yang watt besar, woofer, amp berchanel2, pasang sistem audio, tv lagi, alarm kereta yang canggih manggih merupakan antara penyebab bateri cepat haus. Disarankan supaya pakailah bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balance kan jumlah tenaga yang digunakan. Pergi je hantar kedai aksesori kereta, nanti tau la dorang nak buat macamana.
STEERING JADI BERAT
- Ni tak lain tak bukan, kena check minyak steering kot2 dah kering. Bila minyak steering dah kering, steering akan jadi berat dan akan mengeluarkan bunyi bising pada enjin. So penyelesaiannya topup je minyak steering kat enjin tu.
EKZOS KELUAR ASAP PUTIH
- Masalah ni disebabkan ada licking atau kebocoran pada enjin, disebabkan getah gasket yang sudah menipis dan minyak hitam masuk ke sistem palam pencucuh. Ni kena tukar getah gasket, minyak hitam dan palam pencucuh je
KERETA KEJAP HIDUP KEJAP MATI
a) Distributer
- Check distributer kat enjin, kadang2 api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi motor dalam distributer tak dapat hasilkan elektrik ke palam pencucuh di dalam enjin. Kalau nak tukar, kena beli distributer sebijik dan bukan hanya beli motor sahaja. Boleh dapat di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.
b) Pam dalam tangki minyak
- Disebabkan pam kemungkinan bocor, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan
c) Suis Minyak
- Suis minyak berada di bawah tempat pemanduan. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air. So boleh diganti dan kosnya pun tidak begitu mahal sekitar RM50-RM80 seunit
d) Wiring Alarm Kereta
- Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta tersengguk2 di atas jalan dan mati. Ini kena bawak kereta ke bengkel, minta buang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik.
e) Computer Box
- Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh nipis poket tau.. Mintak tolong pomen check sama ada komputer box masih berfungsi dengan baik atau tak sebab ada kes, komputer box masuk air, ada short circuit. So sama ada nak buat wiring balik atau tukar sebijik2. Disarankan untuk tukar sebijik2 lagi puas hati. Kalau nak anta repair pun, harga lebih kurang sama. Kita pun tak tau sebaik mana pomen betulkan kan ?.
f) Tuning Balik Enjin Kereta
- Kalau kereta sekejap hidup, sekejap tak.. maybe kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la. Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.
AIRCOND TAK SEJUK
- Kompressor dah rosak, ada licking dan perlu diganti. Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.
- Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
- Kapasitor pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti, kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
- Cooling coil mengalami kebocoran
- Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta.
No comment