JENIS MASALAH PERMUKAAN CAT KERETA YANG DAPAT DISELESAIKAN DENGAN “POLISH”

Bila adanya sebarang masalah pada permukaan cat kereta pastinya ia akan mencacatkan rupa kereta itu. Kereta tidak akan kelihatan cantik dan menawan kerana adanya kerosakkan yang telah berlaku diatas permukaan kereta.

Masalah pada permukaan kereta ada yang masih boleh dipulihkan dan ada juga masalah yang tidak dapat dipulihkan misalnya, calar yang dalam. Terdapat beberapa masalah permukaan cat kereta yang dapat dihilangkan antaranya :

1. Swirlmark

– Calar-calar halus yang berbentuk pusaran seperti sarang labah-labah.

– Lebih jelas untuk dilihat dibawah cahaya matahari atau cahaya lampu.

Punca :

– Mengelap badan kereta menggunakan kain kering yang mempunyai debu dan kotoran halus,

– Penggunaan perkhidmatan cucian automatik secara kerap.

2. Orange Peel

– Permukaan cat kereta yang menggerutu seakan kulit buah oren.

Punca :

– Akibat lebihan semburan cat kereta.

3. Waterspot

– Kesan tompokan air pada permukaan kereta yang sukar untuk dihilangkan dengan cucian biasa.

Punca :

– Kurang membersihkan kenderaan.

– Teknik pengeringan kereta yang salah iaitu dengan membiarkan kereta kering dengan sendiri dibawah cahaya matahari.

– Angin yang membawa habuk dan debu kotor melekat pada tompokan air yang belum kering.

4. Cat Pudar

– Warna cat kereta kusam dan hampir kehilangan warna asal serta tidak berkilat.

Punca :

– Permukaan kereta tiada perlindungan khas seperti wax atau “coating”.

– Kereta sering terdedah kepada hujan panas. sinaran Uv boleh membuatkan warna cat cepat pudar.

– Menggunakan produk yang salah semasa mencuci kereta seperti menggunakan sabun basuh baju dan pencuci pinggan.

5. Hologram

– Kesan pada polish pada permukaan kereta.

Punca :

– Kurang pengalaman atau skill polish

– Melangkau atau tidak mengikut step polish.

– Penggunaan mesin polish pada kelajuan yang tinggi.

– Pemilihan pad atau produk yang salah.

Jika anda mempunyai masalah yang serupa pada permukaan kereta kesayangan anda, bertindak dengan segera sebelum keadaan bertambah buruk.

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *