Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Tayar Kereta?

Tayar adalah komponen yang paling penting bagi kereta anda kerana ia merupakan permukaan yang terdedah kepada jalan raya. Tayar kereta yang berkualiti sangat penting untuk pengendalian kereta dan kawalan stereng yang lebih baik, keselesaan, cengkaman yang lebih padu semasa kecemasan. Dalam artikel ini, menyenaraikan beberapa pengetahuan asas mengenai tayar kereta yang anda harus ketahui termasuk petua untuk memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda.

Spesifikasi Tayar?

Setiap tayar yang dijual di pasaran mempunyai maklumat yang terperinci mengenai jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya. Justeru, ia secara tidak langsung boleh membantu anda membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat. Apakah maksud nombor dan huruf yang terletak di bahagian sisi tayar? Ikuti makna kod yang tertera pada tayar untuk memudahkan anda:

Jika diperhatikan pada tayar di atas, terdapat nombor 175/65 R15 (84 H). Apakah maksud nombor ini? Ikuti penerangan di bawah untuk lebih pemahaman.

penerangan kod nombor dan abjad pada sisi tayar

Carta Penilaian Kelajuan

simbol kelajuan kereta/kadar kelajuan maksimum

*Pada masa tetapan kelajuan tayar Z, simbol ini diseragamkan untuk melabelkan kadar kelajuan yang melebihi 240 km/j. Penilaian simbol W dan Y diperkenalkan apabila didapati kereta yang boleh mencapai kelajuan yang lebih cepat.

Petua Memanjangkan Jangka Hayat Kereta

1. Pastikan Inflasi Tayar Betul

Kehausan tayar akan ditentukan oleh inflasi tayar sama ada kurang atau lebih. Sekiranya anda menyedari bahawa bahagian luar tayar anda lebih haus daripada bahagian tengahnya, ini bermaksud tayar anda sering digunakan di bawah tekanan yang sepatutnya. Tayar yang terlalu rendah tekanannya tidak dapat menyerap ketukan jalan berlubang dan boleh menjejas penjajaran stereng atau merosakkan suspensi. Sebaliknya, tekanan berlebihan akan menghauskan bahagian tengah tayar berbanding dengan luar. Ini diakibatkan oleh tayar yang membonjol secara menegak dan menyebabkan kehausan bahagian tengah.

Untuk mengelakkan kehausan bunga tayar yang tidak rata, isikan tayar anda dengan tekanan yang tepat sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Tekanan yang disyorkan boleh dirujuk pada pelekat maklumat tayar yang biasanya terdapat pada pintu pemandu kereta. Di sini anda boleh mendapatkan maklumat mengenai ukuran tayar, spesifikasi, serta tekanan yang sesuai untuk kesemua tayar, termasuk tayar ganti.

2. Tukar Silang Tayar Kereta

Selain mengisi tayar kereta anda dengan tekanan yang betul, anda juga disyorkan untuk melakukan pertukaran silang secara berkala. Putaran silang ini dapat membantu memanjangkan jangka hayat, meningkatkan prestasi dan memastikan kehausan seragam pada keempat-empat tayar. Syarikat tayar mencadangkan putaran silang ini dilakukan setiap enam bulan sekali atau setiap 10,000 hingga 13,000 km. Setelah tiba masanya untuk putaran silang ini, anda boleh melakukannya di kmana-mana edai tayar berdekatan anda

3. Elakkan Bintik Mendatar Pada Tayar

Bintik mendatar (flat-spotting) berlaku apabila tayar anda berada di bawah muatan kenderaan untuk jangka masa yang panjang tanpa digerakkan. Terdapat dua jenis bintik mendatar – sementara dan separa kekal. Sebilangan besar kes bintik mendatar ini adalah sementara dan boleh dirasa melalui getaran pada stereng tetapi akan hilang apabila tayar telah mencapai suhu yang lebih tinggi. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda boleh meningkatkan tekanan tayar anda sebanyak 3 PSI jika anda ingin meninggalkan kereta anda beberapa minggu untuk bercuti. Tindakan ini akan membantu mengurangkan kesannya. Biasanya bintik mendatar separa kekal akan berlaku dalam tempoh sebulan atau lebih. Sekiranya ini berlaku, anda boleh berjumpa dengan pakar tayar anda untuk nasihat seterusnya.

Diharap perkongsian mengenai penjagaan tayar kereta ini dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenainya. Selain itu, jika anda sedang merancang untuk menjual kereta anda, anda boleh pertimbangkan untuk menguruskannya bagi pihak anda. Perkhidmatan Carsome adalah profesional, mudah dan pantas!

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *