Lindungi Kereta Anda Dengan Teknologi Tinted Premium

Sebenarnya ada cara mudah untuk lindungi kereta anda dari panas dan sinaran UV tanpa perlu tukar tinted setiap tahun atau risau kualiti filem yang cepat rosak. Ini teknologi tinted moden yang ramai pemilik kenderaan masih belum manfaatkan sepenuhnya

Dah Lama Pasang Tinted Tapi Masih Hadap Masalah Panas & Silau? Ramai Pemilik Kenderaan Tak Tahu Cara Maksimumkan Perlindungan Cermin Dengan Teknologi Nano Ceramic, Sputter HD & Filem Reflektif Berkualiti Tinggi.

Inilah Rahsia Pemilik Kereta Bijak Kekal Sejuk & Bergaya Dengan Kos Minimum, Tapi Hasil Perlindungan Maksimum.

Ramai Rugi Bila Salah Pilih Tinted! Tak tahan panas, cepat pudar, dan ganggu isyarat. Kami nak bantu anda dapatkan tinted berkualiti tinggi dengan perlindungan menyeluruh dan jaminan yang terbukti.

Di Sunztint, Teknologi Tinted Kami Khas Untuk Anda Yang

Ingin lindungi kereta setiap hari tanpa perlu risau cuaca panas terik atau silau yang mengganggu.

Sesuai untuk pemilik kenderaan baru yang mahukan solusi mudah, pengguna berpengalaman yang ingin maksimumkan keselesaan dan privasi, serta individu yang mahu jaga keadaan dalaman kereta dalam jangka masa panjang dengan teknologi filem terkini yang terbukti berkesan.

Anda Dah Lama Pasang Tinted Tapi Masih Gagal Rasa Sejuk & Selesa Dalam Kereta Setiap Hari?

Masih Lagi Bergantung Pada Tinted Biasa Tanpa Teknologi Moden Yang Betul Untuk Lindungi Kereta Secara Maksimum & Selamat?

Nano Ceramic, Sputter HD, IRR, UVRย  semua istilah ni mungkin dah biasa dengar, tapi bila nak pilih tinted yang betul, masih ramai yang tak tahu nak buat keputusan tepat.

Ramai pemilik kereta masih keliru nak pilih filem yang betul-betul tahan haba, lindungi dari UV, dan tak ganggu signal. Sebab itu kami sediakan pilihan teknologi tinted premium yang terbukti berkesan, selamat, dan tahan lama untuk keselesaan setiap hari tanpa kompromi.

Siapa Yang Wajib Pasang Tinted Premium Dari SUNzTint Ini?

MPV Keluarga
Untuk Keselesaan Anak & Keluarga

Kenderaan seperti Toyota Vellfire, Serena dan Exora sering dipilih untuk tinted kerana ruang besar mudah panas. Tinted bantu kurangkan haba, lindungi anak kecil dan beri privasi semasa perjalanan jauh.

SUV / Crossover
Premium, Perlindungan Maksimum

SUV seperti CR-V, X70 dan Ativa popular kerana rekaan tinggi dan luas. Tinted berkualiti bantu kekalkan suhu sejuk dalam ruang kereta serta naikkan lagi imej eksklusif kenderaan.

Sedan Harian
Untuk Kesejahteraan Pemanduan Harian

Model seperti Honda Civic, Vios dan Persona digunakan setiap hari. Tinted membantu kurangkan silau, lindungi dalaman kereta dan jimat penggunaan aircond untuk pemanduan lebih tenang.

SUNzTint Fokus Lindungi Kenderaan & Tingkatkan Keselesaan Pemanduan

Tidak semua pemilik kenderaan akan terus buat keputusan pasang tinted sebaik sahaja diberi cadangan. Kebanyakan orang perlukan masa dan penerangan yang jelas sebelum yakin.

Sekadar tengok satu dua gambar atau maklumat awal belum cukup untuk meyakinkan. Walaupun kelebihan tinted nampak menarik, anda tentu ingin lihat hasil sebenar dan jaminan ketahanan terlebih dahulu, betul?

Di sini kami ingin kongsikan maklumat secara berperingkat melalui testimoni pelanggan, gambar sebenar sebelum dan selepas, jaminan servis, serta penerangan tentang bagaimana teknologi tinted kami benar-benar berfungsi.

Lihat Bagaimana Teknologi Tinted SUNz Tingkatkan Perlindungan Kenderaan Dan Beri Keselesaan Maksimum Sepanjang Pemanduan Anda

Nano Carbon Film Perlindungan Asas, Harga Mesra Bajet

Filem ini direka khas untuk mereka yang mahukan perlindungan asas dari sinar UV dan sedikit haba matahari tanpa menjejaskan bajet. Ia memberikan warna gelap yang sederhana serta perlindungan asas untuk kegunaan harian. Walaupun harganya lebih rendah, ia tetap tahan lama dan selesa untuk pemanduan biasa.

Benefit:
Halang sinar UV
Kurangkan suhu dalaman kereta
Privasi asas

Sesuai Untuk:
Kereta sedan harian seperti Perodua Bezza, Proton Persona, Toyota Vios

Nano Ceramic Film Teknologi Terkini Untuk Keselesaan Maksimum

Menggunakan zarah nano seramik, filem ini mampu menapis haba dengan lebih efisien tanpa mengganggu isyarat digital. Ia juga memberikan visual yang jelas walaupun dalam keadaan malam atau hujan. Ini antara pilihan paling seimbang dari segi prestasi dan harga.

Benefit:
Tapis haba tinggi
Penglihatan malam lebih jelas
Tidak ganggu GPS/SmartTAG

Sesuai Untuk:
SUV & crossover seperti Honda HR-V, Proton X50, Perodua Ativa

Ceramic HD Film
Visual Jelas Tahan Lasak

Filem ini mempunyai kejelasan optik tinggi, menjadikan pemanduan lebih selesa siang dan malam. Ia juga tahan terhadap pudar, oksidasi dan cuaca ekstrem. Sesuai untuk mereka yang inginkan perlindungan dan gaya tanpa kompromi.

Benefit:
Visual HD dari dalam
Tahan lama & tak pudar
Kurangkan silau

Sesuai Untuk:
Pemilik MPV keluarga seperti Toyota Vellfire, Nissan Serena, Proton Exora

Sputter HD Film
Prestasi Gaya Eksklusif

Ini adalah tinted premium dengan teknologi sputtering (lapisan logam nano). Ia menolak haba secara maksimum dan mempunyai efek reflektif yang bergaya. Tinted ini memberi privasi tinggi serta naikkan nilai estetika kereta.

Benefit:
Penolakan haba tertinggi
Penampilan reflektif & eksklusif
Privasi maksimum

Sesuai Untuk:
Kenderaan premium seperti Mercedes, BMW, Toyota Camry, Mazda CX-5

4 Jaminan Utama Untuk Pemilik Kenderaan Yang Pilih Tinted SUNz Technologies

Jaminan Tahan Lama Sehingga 5 Tahun

Setiap pemasangan tinted dilindungi dengan jaminan antara 2 hingga 5 tahun, bergantung pada pakej. Kami pastikan filem tidak mudah pudar, menggelembung atau tertanggal dalam tempoh jaminan.

Jaminan Perlindungan UV & Haba Yang Terbukti

Semua filem diuji secara teknikal untuk menapis sehingga 99% UV dan sehingga 95% haba inframerah. Kami hanya gunakan filem berkualiti tinggi yang diluluskan piawaian industri.

Jaminan Pemasangan Kemas & Profesional

Pemasangan dilakukan oleh team berpengalaman dengan peralatan khas. Kami beri jaminan tiada gelembung udara, potongan tidak kemas, atau kesan gam pada cermin selepas siap.

Jaminan Tidak Ganggu Isyarat Digital

Filem kami dijamin tidak menghalang penggunaan GPS, SmartTAG, RFID atau mana-mana peranti elektronik dalam kenderaan anda. Kecuali Untuk Tint Phantom X1 Sputter ( mengandungi Nano Particle Metal )

Lihat Bagaimana Kami Transform Kenderaan Pelanggan Kami

Ikuti 4 Langkah Mudah Untuk Daftar & Tempah Servis Tinted SUNz Hari Ini

Hubungi Kami Secara WhatsApp atau Telefon

Klik butang WhatsApp atau hubungi nombor yang tertera untuk mula chat pertama dengan pasukan SUNz.

Pilih Cawangan & Tarikh Temujanji

Nyatakan lokasi anda dan pilih cawangan terdekat bersama tarikh yang sesuai untuk pemasangan.

Pilih Jenis Tinted & Pakej Yang Diinginkan

Kami akan bantu anda pilih tinted mengikut bajet, gaya dan keperluan kenderaan anda.

Datang & Pasang Tinted Dengan Jaminan

Datang ke cawangan yang dipilih dan biar team kami uruskan pemasangan secara profesional, cepat dan kemas.

Kenali Sunz Tint

SunzTint ialah jenama dipercayai dalam pemasangan tinted berkualiti tinggi untuk pelbagai jenis kenderaan. Dengan pengalaman bertahun, pasukan kami komited memberi perlindungan terbaik kepada kenderaan anda melalui teknologi filem terkini, pemasangan kemas, dan jaminan yang menyeluruh.

24.jpg

Pakar Dalam Pemasangan Filem Penapis Haba

SunzTint merupakan syarikat 100% bumiputera yang menyediakan dan membekalkan filem penapis haba berkualiti dengan harga berpatutan. Mereka menawarkan lebih 20 jenis tinted dan warna untuk memenuhi keperluan pelanggan. โ€‹

19-2.jpg

Tenaga Kerja Profesional dan Pemasangan
Cekap

SunzTint mempunyai tenaga pekerja profesional yang berpengalaman dalam pemasangan tinted. Proses pemasangan biasanya mengambil masa antara 1 hingga 2 jam, bergantung pada kapasiti kereta. Mereka juga memastikan pemasangan yang kemas dan cepat.

Layanan Mesra dan Penerangan Produk Terperinci

SunzTint menekankan layanan mesra kepada pelanggan. Staff mereka akan memberikan pencerahan terperinci mengenai produk tinted supaya pelanggan memahami apa yang mereka beli. โ€‹

Pemeriksaan
Kekemasan Tinted yang Teliti

SunzTint melakukan pemeriksaan yang teliti terhadap kekemasan tinted selepas pemasangan. Ini memastikan hasil akhir yang memuaskan dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan

Sedia Untuk Lindungi Kenderaan dan Nikmati Pemanduan Lebih Sejuk & Selesa?

Sesi konsultasi awal adalah percuma.
Isi borang di bawah dan hantar ke WhatsApp. Team kami akan bantu anda faham jenis tinted yang sesuai, terangkan teknologi filem yang digunakan, dan cadangkan pilihan terbaik mengikut bajet serta keperluan kenderaan anda.

Cawangan Sunztint Berdekatan Anda

๐Ÿ“Batu Caves
(Belakang giant/tepi sk Taman Samudera)
https://maps.app.goo.gl/FGi5F5RXwWjuXyVv6

Atau boleh Waze je ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
https://waze.com/ul/hw2866hd5k

๐Ÿ“Senawang
(Depan Fima Paint)
https://maps.app.goo.gl/gwGeuxL3CBDVAPio6?g_st=aw

Atau boleh Waze je ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
https://waze.com/ul/hw22x2uysm

Soalan-Soalan Lazim

Ya, semua tinted Sunztint memenuhi piawaian dan spesifikasi JPJ. Namun, terdapat sesetengah pelanggan yang meminta kadar ketelusan yang lebih gelap mengikut cita rasa masing-masing. Dalam kes seperti ini, tahap kegelapan tersebut mungkin melebihi had yang ditetapkan JPJ dan berisiko untuk tidak lulus pemeriksaan. Pihak kami akan maklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu untuk sebarang permintaan khas seperti ini.

Kebiasaannya pemasangan mengambil masa 1 hingga 2 jam, bergantung pada jenis kenderaan dan filem yang dipilih.

Ya, filem kami tidak mengganggu isyarat digital seperti GPS, RFID atau SmartTAG. Untuk Sputter ada kemungkinan halang Smarttag.

Jaminan antara 2 hingga 5 tahun bergantung pada pakej yang anda pilih. Meliputi isu pudar, menggelembung atau tertanggal.

Ya, kami tawarkan lebih 20 pilihan warna dan tahap VLT (kegelapan) berbeza mengikut keperluan dan citarasa anda.

Boleh. Filem boleh ditanggalkan tanpa merosakkan cermin asal, sekiranya perlu diganti atau ditukar kemudian.

Ya, kami galakkan pelanggan untuk buat temujanji terlebih dahulu bagi memastikan slot tersedia dan pemasangan berjalan lancar.

Fast Reply